Kerajaan membatalkan semua saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang belum berbayar.
BERITA Baik Untuk Rakyat Malaysia. Semua Saman AES Dibatalkan Oleh Menteri Pengangkutan. Barulah Malaysia Baru kan. |
Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata, operasi kamera dan saman AES akan diambil alih sepenuhnya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mulai 1 September 2018 depan, dan ia akan dikuatkuasakan dengan tegas dan tiada lagi diskaun.
Katanya, langkah itu dilaksanakan selepas kerajaan memutuskan untuk tidak menyambung kontrak dua syarikat konsesi pemgendali sistem AES yang tamat pada 31 Ogos ini.
ARTIKEL MENARIK: Kenapa angka 100 hari? Ini sejarah asal usul manifesto 100 hari dalam kempen Pilihan Raya yang ramai rakyat Malaysia masih tak tahu
“Kerajaan telah ‘berkorban’ untuk tidak mengutip saman AES ini maka semua saman AES setakat ini yang masih belum dibayar oleh orang ramai telah dibatalkan.
“Jumlah saman adalah sebanyak 3.1 juta. Dengan setiap saman AES adalah RM150, maka semua jumlah adalah RM435 juta,” katanya selepas menyempurnakan Kempen Kibar Jalur Gemilang Kementerian Pengangkutan di Putrajaya hari ini.
i.
Antara Komen Netizen
Post a Comment