SINIS, tidak masuk akal dan pelbagai lagi tuduhan dilemparkan apabila Pakatan Harapan (PH) di bawah teraju Tun Dr. Mahathir Mohamad menampilkan gagasan 10 Janji 100 Hari sebagai sebahagian daripada komponen manifesto mereka untuk Pilihan raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Kenapa angka 100 hari? Ini sejarah asal usul manifesto 100 hari dalam kempen Pilihan Raya yang ramai rakyat Malaysia masih tak tahu |
Malah, setelah menang sekali pun, bekas anggota Kabinet yang juga penyokong kuat PH, Tan Sri Rafidah Aziz antara terawal melahirkan ketidakselesaan dengan penetapan angka 100 hari.
Namun, strategi meletakkan sasaran berdasarkan jangka masa 100 hari itu ternyata memberi impak besar dalam PRU-14 sehingga Barisan Nasional (BN) yang dilihat mustahil untuk ditewaskan, tumbang buat pertama kali dalam tempoh 60 tahun.
Sebenarnya berdasarkan sejarah, pendekatan 100 hari mula diperkenalkan dalam kempen Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) pada 1932 oleh Franklin Delano Roosevelt.
ARTIKEL MENARIK: Syabas Kelantan Di Bawah Pimpinan PAS, Negeri Pertama Yang Jatuhkan Hukuman Kepada Pondan
Menerusi pendekatan pertama seumpamanya, hasilnya, Roosevelt berjaya menang Presiden AS dan seterusnya bermulalah konsep ‘100 hari pertama kepemimpinan kerajaan baharu’ sebagai penanda aras dalam sejarah politik AS dan kemudian menjadi ikutan dunia.
Apabila meletakkan perancangan jangka masa 100 hari untuk mencapai beberapa sasaran awalnya, Roosevelt berjaya membuka mata ramai mengenai kesungguhannya ‘merawat’ kemelesetan ekonomi AS dengan segera ketika itu berbanding pesaingnya dari Republikan.
Angka 100 hari itu memberi kesan psikologi, menzahirkan keseriusan atau kesegeraan untuk menyelesaikan masalah kerajaan terdahulu sekali gus membawa obor harapan baru untuk rakyat keluar daripada keresahan.
Seperti mana Roosevelt, natijahnya serupa untuk Dr. Mahathir dan sekutu baru beliau. Rakyat Malaysia yang gelisah dengan tekanan kos sara hidup akibat cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan isu rasuah di pelbagai peringkat menaruh keyakinan tinggi kepada PH.
Sejarah mencatatkan Roosevelt sendiri dalam tempoh 100 hari tidak mampu mencapai semua perancangan beliau, ada inisiatif berjaya dan sebahagian gagal, namun rakyat AS yang menderita akibat era kemelesetan besar pada awal 1930-an melihat tindakan berani kerajaan untuk mengeluarkan mereka daripada tekanan hidup.
Kesannya, Roosevelt atau lebih dikenali sebagai FDR menang tiga lagi Pilihan Raya Presiden AS, rekod yang kekal jadi milik negarawan terkenal itu.
Sejak itu, semua calon Presiden AS akan menampilkan pelan 100 hari mereka – seperti apa yang dicetuskan Roosevelt yang dianggap antara perancangan 100 hari terbaik dalam sejarah AS.
Maka, 100 hari pertama Presiden AS sudah menjadi tradisi untuk diberi perhatian luar biasa oleh media dan rakyat negara itu bagi menilai pencapaian awal seseorang Presiden dan nampaknya, Malaysia akan mula mengikuti jejak tersebut.
Bersetuju atau tidak, kerajaan PH masih berbaki 4 tahun 8 bulan dan 20 hari untuk menunaikan manifesto mereka dan berjaya atau sebaliknya, mereka harus membuktikan komitmen tinggi mencapai Buku Harapan jika mahu mencapai jejak gemilang Roosevelt.
sumber: utusan
Kredit : Express Viral
Post a Comment