Bakar Motor Jika Kalah, Syarat Pelumba Haram Dalam Pertaruhan, Video Ini Buktinya
Bakar Motor Jika Kalah, Syarat Pelumba Haram Dalam Pertaruhan, Video Ini Buktinya |
Sebiji motorsikal bukan satu harga yang murah. Walaupun anda ingin membeli sebiji motorsikal jenama Modenas Kriss yang second hand harganya dalam lingkungan RM700 ke RM1000 atau lebih bergantung kepada kondisi dan tahun motorsikal tersebut dan ini baru modenas Kriss belum jenama lain.
ARTIKEL MENARIK: Kerajaan BN Tak Tolong, Bapa Habiskan Simpanan RM40 Ribu Latih Anak Jadi Atlet Negara
Video Penuh Berada Di Bawah
Kebiasaannya motorsikal pertama dibelikan oleh ibu bapa kita atau kita sendiri mewarisi motorsikal itu dari ibu ayah kita. Mereka memberi motorsikal untuk kita boleh berdikari samada untuk ke sekolah atau pergi mencari rezeki.
Bila kita salah gunakan harta yang diberi dengan berlumba haram atau buat kegiatan tidak sepatutnya seperti lepak dataran, merempit tengah malam dan ada yang lagi teruk gunakan motor itu untuk pergi meragut.
Subhanallah, apa lah perasaan ibu bapa mereka bila dapat tahu amanah yang diberikan telah disalah gunakan.
Video yang menjadi tular sejak semalam menunjukkan sekumpulan remaja lelaki cuba memadamkan api yang sedang menjilat sebiji motorsikal. Mengikut sumber, motorsikal tersebut terpaksa dibakar kerana remaja tersebut telah kalah dalam perlumbaan haram.
Kiranya siapa kalah bakar motor.
Bukan sahaja lumba haram adalah salah di sisi undang undang tetapi membakar motorsikal sendiri jika kalah adalah satu perkara yang amat bodoh. Kelihatan ramai yang melihat tetapi tidak dapat membuat apa apa.
Rata rata mengecam tindakan kumpulan remaja tersebut kerana membakar motorsikal hanya kerana kalah lumba.
Sumber: Sembang Tular
Mat rempit perlu ditangani bersama
Masalah sosial yang melibatkan remaja sudah tidak asing lagi di negara ini, malah hampir setiap hari masyarakat didedahkan dengan pelbagai isu sosial yang melibatkan remaja.
Salah satu masalah sosial yang tidak lekang daripada remaja adalah isu mat rempit. Walaupun pelbagai gelaran telah diberikan kepada kumpulan ini, aktiviti mat rempit masih berleluasa.
Justeru, tidak hairanlah apabila laporan kemalangan yang berlaku di negara ini seringkali melibatkan remaja yang menunggang motosikal secara berbahaya.
Sebenarnya, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing untuk bersama-sama membendung gejala mat rempit ini.
Tindakan tegas perlu diambil segera bagi membantu negara melahirkan golongan belia yang peka akan masalah negara selain menjimatkan perbelanjaan seperti kos perubatan dan penyelenggaraan jalan raya.
Selain daripada itu, tindakan ini mampu untuk mengurangkan jumlah kematian di jalan raya yang disebabkan oleh tingkah laku mat rempit.
Untuk memastikan isu mat rempit ini dapat diselesaikan tiga langkah utama wajar dilaksanakan segera seperti tindakan tegas undang-undang, keprihatinan masyarakat pengguna dan peranan ibu bapa.
Aktiviti-aktiviti yang dilakukan di atas jalan raya yang boleh mengundang risiko kepada pengguna harus diambil tindakan undang-undang yang tegas.
Mereka yang didapati bersalah melakukan kegiatan berbahaya ini wajar menerima hukuman yang setimpal seperti, pembatalan lesen memandu dan senarai hitamkan nama mereka daripada pelbagai kemudahan yang disediakan oleh negara.
Tindakan memberi saman kepada kumpulan mat rempit ini mungkin kurang berkesan kerana ramai dalam kalangan mereka mengambil sikap tidak peduli terhadap saman yang diberikan.
Justeru, tindakan yang dicadangkan di atas diharapkan mampu untuk membendung aktiviti mat rempit di negara ini.
Selain itu, masyarakat pengguna jalan raya juga perlu melaksanakan tanggungjawab mereka untuk membantu pihak kerajaan membanteras aktiviti yang tidak sihat ini.
Aduan dan laporan segera perlulah dilaksanakan agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang segera.
Pemantauan
Untuk membolehkan agenda ini tercapai, setiap ahli masyarakat perlulah menyimpan nombor telefon yang boleh dihubungi segera untuk diambil tindakan sepertimana menyimpan nombor 999 apabila berlakunya kecemasan.
Dalam pada itu, peranan dan tanggungjawab ibu bapa juga penting dalam usaha untuk membantu negara menyelesaikan masalah mat rempit ini.
Ibu bapa perlu memantau anak muda mereka terutamanya pada waktu malam agar anak mereka tidak terlibat dengan aktiviti yang amat berbahaya ini.
Malah, nasihat dan contoh teladan yang baik perlu diberikan kepada anak mereka agar dapat menghindari daripada terlibat dengan aktiviti ini sepanjang masa.
Tinjauan dan lawatan secara berkala di lokasi yang menunjukkan kadar kemalangan yang tinggi melibatkan mat rempit juga mampu memberi kesedaran kepada golongan muda untuk tidak melibatkan diri dalam aktiviti mat rempit ini.
Walaupun masalah mat rempit ini telah lama dibahaskan oleh masyarakat, namun isu ini tidak nampak jalan penyelesaian.
Statistik kematian yang melibatkan remaja di jalan raya akibat daripada tindakan sebagai mat rempit menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat.
Sebagai anak muda yang bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang, insiden seperti ini amat membimbangkan.
Oleh yang demikian, tindakan segera dan tegas oleh pihak yang berwajib untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mat rempit harus disegerakan agar ia mampu menjadi teladan kepada semua.
Dengan adanya usaha yang komprehensif seperti ini, masalah mat rempit yang membelenggu masyarakat Malaysia pada hari ini akan dapat diatasi dengan berkesan.
Sumber: Kosmo
Post a Comment