Apa Jadi Jika Bumi Berhenti Berputar. Jawapan Saintis Buat Semua Terus SENTAP

Apa Jadi Jika Bumi Berhenti Berputar. Jawapan Saintis Buat Semua Terus SENTAP

Pernah terfikir tak apa terjadi jika Bumi berhenti berputar? Hasil kajian bertahun, jawapan mengejutkan saintis ni buat semua terus sentap. Allahu seram. Ada video dan gambar.

Apa Jadi Jika Bumi Berhenti Berputar. Jawapan Saintis Buat Semua Terus SENTAP
Apa Jadi Jika Bumi Berhenti Berputar. Jawapan Saintis Buat Semua Terus SENTAP

10 PERKARA YANG BAKAL TERJADI BILA

ARTIKEL MENARIK: Ketuk Batu Ni Keluar Muzik PELIK. Hasil Kajian Saintis Buat Ramai Terkedu. SUBHANALLAH.


1. Semua Benda Akan Tiba-Tiba Mempunyai Halaju 1000 batu/jam (atau 1600km/h) Dan Bergerak Ke Arah Timur
Bayangkan jalan lurus, takde polis, cuaca baik, kita naik kereta Lamborgini dengan kelajuan maksimum 1600 km/h dan tiba-tiba ada ayam melintas depan kita, apa yang kita akan buat adalah menekan brek kuat-kuat.
Bila kereta berhenti, kita tidak berhenti (kalau tak pakai seatbelt la) tetapi melambung keluar dengan kelajuan 1600 km/h.
Dan itulah yang akan terjadi bila bumi berhenti berputar. Dan kita semua akan tercampak ke arah timur dengan kelajuan tersebut. Allahu.
2. Dalam Tempoh Kurang 2 Minit, Ombak Tsunami Dari Laut Menghentam Daratan
Tak payah tunggu lama, jika kita selamat sebab sempat berpaut kat benda sains yang pacak kuat di tanah, kurang 2 minit, tsunami gergasi akan melanda dan menghentam daratan.
Ini terjadi kerana pergerakan mengejut tektonik dan batuan bawah bumi membuatkan ombak lautan terus meloncat dan jadi tsunami skala yang sangat besar.


Jika kita jauh di daratan, alhamdulillah, tetapi jika kita berada kawasan persisiran pantai memang hanya sempat mengucap je lah.
3. Semua Laut Berpecah Jadi Dua, Daratan Jadi Satu
Akibat impak Bumi berhenti berputar, dan semua pun bergerak ke timur; situasi ini membuatkan semua tujuh lautan dunia akan berpecah jadi dua. Satu akan ke utara, dan satu akan ke selatan.
Manakala, daratan pula, alhamdulillah akan bersatu di kawasan Equotiral (Khatulistiwa) Bumi dan membentuk daratan yang sangat besar.
4. Bandaraya Persisiran Pantai Semua Lenyap Sekelip Mata
Takyah bayang la New York Ke, Los Angeles Ke, Jakarta ke, Kuala Lumpur ke, Tokyo ke, InsyaAllah semua bandar ni akan lenyap ditenggelami air.
5. Kalau Ada Yang Selamat, Kebuluran Melanda
Bila semua bencana sudah berhenti, keadaan menjadi tenang seketika. Yang berjaya hidup akan cuba cari apa-apa yang boleh dibuat makanan.
Makanan menjadi sangat teruk sebab tanaman apa pun takda. Peperangan puak mungkin berlaku bagi mendapatkan sumber makanan.
6. Siang 6 Bulan, Malam 6 Bulan
Yang ni paling best. Bayangkan kita hadapi waktu siang 6 bulan, dan malam pula 6 bulan. Tak dapat nak dibayangkan oleh akal kan. Tapi itulah realitinya yang bakal terjadi.
Bila dah 6 bulan siang, mesti dapat rasa kan suhunya macamana kan. Masa tu memang sangat perlukan kipas angin atau seangkatannya. Tu pun kalau masih ada.
7. Akan Hanya Ada 2 Musim Sahaja
Bila ada dua waktu sahaja, musim pun akan turut serta. Ada dua musim saja nanti. Musim panas dan musim sejuk. Dapat agak tak bagaimana manusia dan hidupan lain nak hidup dalam keadaan tu?
Kembali la baca buku sejarah ye.
8. Daya Magnetik Bumi Hilang
Daya magnetik bumi ni, selain dari jadi penunjuk arah kompas, sebenarnya ada fungsi paling penting sekali iaitu menjadi perisai kepada sinaran kosmik yang beradiasi tinggi dari matahari.
Bila bumi berputar seperti sekarang, daya magnetik akan terhasil, bila bumi berhenti, daya magnetik pun akan berhenti. Bila daya magnetik berhenti, maka perisai bumi pun turut berhenti. Allahu.
Dan apa akan terjadi seterusnya?
9. Sinaran Radiasi Matahari Akan Bunuh Semua Hidupan
Dari masa ke masa, bumi akan bertukar jadi seperti Planet Marikh. Gersang tiada kehidupan. Dan manusia dan kehidupan lain akan mati. Innalillah.
Amacam? Sudah takut ke bila dengar apa akan jadi bila bumi berhenti? Bunyi macam perkara kecil je kan. Tarian Keke atau Tik Tok ko tu yang lebih utama kan. Namun, jangan lah risau. Saintis jangkakan yang bumi memang akan benar-benar berhenti satu hari nanti. Aah ye.
Tapi dalam tempoh 18 bilion tahun lagi. InsyaAllah. So dah lega kembali? Nak sambung main Mobile Legend semula? Ish ish ish. Nikmat mana yang kamu nak dustakan?
Sekarang kita dah tau apa yang terjadi kan? Apakah yang melengahkan diri kita dari bertaubat? Jom SHARE artikel ni supaya lebih ramai terasa insaf dan kembali beriman kepada Allah SWT.
Video PENUH Jawapan Saintis Apa Terjadi Jika Bumi Berhenti Berputar. Mengejutkan.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post