Zahid Kata KJ Tolak 3 Tawaran Jawatan. Ini Jawapan Balas KJ Buat Ahli Umno KOMPIUS

Zahid Kata KJ Tolak 3 Tawaran Jawatan. Ini Jawapan Balas KJ Buat Ahli Umno KOMPIUS

Semalam Zahid kata dia dah tawar 3 jawatan kepada KJ tapi ditolak. Ini jawapan balas mengejutkan KJ buat ramai ahli Umno makin kompius. Tak sangka.

Zahid Kata KJ Tolak 3 Tawaran Jawatan. Ini Jawapan Balas KJ Buat Ahli Umno KOMPIUS
Zahid Kata KJ Tolak 3 Tawaran Jawatan. Ini Jawapan Balas KJ Buat Ahli Umno KOMPIUS

ZAHID HANYA TAWARKAN DUA JAWATAN SAHAJA

ARTIKEL MENARIK: Kenyataan Terkini KJ Terhadap Tun Mahathir Buat Ramai Penyokong PH Berang. Ini Puncanya.


Bekas ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata hanya dua jawatan dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) yang ditawarkan Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ditolak.
Khairy berkata dua jawatan itu ialah setiausaha agung BN dan ketua penerangan Umno, manakala jawatan naib presiden Umno perlu melalui pemilihan parti.
Khairy Jamaluddin berkata beliau akhirnya kembali bercakap dengan presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Hubungan antara mereka berdua agak “tegang” mutakhir ini dan menurut Khairy, mereka berdua tidak bercakap sejak beliau tidak menyertai anggota pembangkang lain keluar dewan di hari pertama sidang Dewan Rakyat, minggu lalu.
kj parlimen 2019
“Memang ada sedikit ketegangan, saya lawan dia (dalam pemilihan presiden Umno). Tapi selain daripada itu, dia seperti abang saya…hubungan kami baik.
“Dia bercakap dengan saya sebentar tadi, untuk kali pertama sejak ‘walkout’.
“Dia kata ‘anda berucap hari ini?’ dan say jawab ‘ya,” kata Khairy ketika ditemui pemberita di lobi parlimen selepas berucap dalam sesi perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang Di-pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Ketika ditanya mengapa beliau dilihat lebih gembira berbanding kebiasaan pada hari ini, Khairy tersenyum dan berkata ia kerana “presiden Umno bercakap dengan saya”.
Dalam pemilihan Umno bulan lalu, Zahid menewaskan Khairy dan seorang lagi calon, Tengku Razaleigh Hamzah dalam perebutan jawatan presiden.
Menjadi Suara Bebas
Terdahulu, Zahid mendakwa telah menawarkan tiga jawatan kepada Khairy namun ditolaknya.
Zahid berkata beliau menawarkan Khairy untuk menjadi ‘regunya’ dengan bertanding jawatan timbalan presiden, dan selepas itu menawarkan jawatan setiausaha agung dan ketua penerangan parti.
Ditanya tentang tindakannya itu, bekas ketua pemuda Umnop itu berkata beliau mahu menjadi suara bebas dalam Umno.
“Saya tidak mahu terikat dengan keputusan parti…Biarlah saay jadi suara bebas (dalam parti). Ini baik untuk Umno,” katanya lagi.
Khairy berkata beliau tetap setia dengan Umno dan akan turut serta dalam kempen di PRK Sungai Kandis hujung minggu ini. (Sumber: Malaysiakini)


Video Wartawan Bersama KJ Di Parlimen

KJ SOKONG KERAJAAN PH MUNGKIRI 2 JANJI

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) menggesa kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) memungkiri dua janji manifestonya demi kebaikan ekonomi negara.
KJ Gembira
Dua janji tersebut adalah pemansuhan GST dan penangguhan pembayaran semula hutang PTPTN bagi peminjam bergaji bawah RM4,000.
“Janji adalah untuk dimungkiri (Promises are meant to be broken). Mungkiri janji anda berkenaan GST,” katanya ketika berucap dalam sesi perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang Di-pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau mendakwa kadar GST yang disifarkan sejak 1 Jun lalu gagal menurunkan harga barang.
“Menteri Kewangan akui GST lebih telus dan efisien, mengapa tidak rendahkan kadarnya dan tambah barang yang dikecualikan (cukai itu)?
“Ini langkah ke belakang, tiada negara akan menggantikan GST dengan SST,” katanya lagi.
Berhubung janji penangguhan bayaran PTPTN pula, Khairy berkata ia hanya menambahkan beban hutang yang ditanggung kerajaan.
Katanya, ini kerana PTPTN mungkin terpaksa meminjam daripada institusi kewangan jika tidak boleh mengutip hutang.
“Saya meminta kepada anda, perdana menteri pun sudah cakap manifesto bukan kitab suci..(Maka) tolong jadi rasional.
“Saya sedia maafkan kerajaan jika tidak penuhi dua janji ini,” katanya lagi. (Sumber: Malaysiakini)
Kredit : khalifahmailonline
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post