Kenyataan Terkini KJ Terhadap Tun Mahathir Buat Ramai Penyokong PH Berang. Ini Puncanya.

Kenyataan Terkini KJ Terhadap Tun Mahathir Buat Ramai Penyokong PH Berang. Ini Puncanya.

KJ masih menerajui individu popular parlimen apabila terkini kenyataannya terhadap Tun Mahathir buat ramai penyokong PH berang. Ini puncanya. Berani betul dia ni. Tak sangka.

Kenyataan Terkini KJ Terhadap Tun Mahathir Buat Ramai Penyokong PH Berang. Ini Puncanya.
Kenyataan Terkini KJ Terhadap Tun Mahathir Buat Ramai Penyokong PH Berang. Ini Puncanya.

KJ DAKWA PM KELIRUKAN DEWAN RAKYAT

ARTIKEL MENARIK: Klinik 1 Malaysia bakal ditutup? Ini kenyataan penuh Ketua Pengarah Kesihatan


Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa mengelirukan Dewan Rakyat apabila menyatakan peratusan hutang negara paling tinggi daripada Keluaran Negara Kasar (KDNK) antara 1982 hingga 2003 ialah 27 peratus.
Khairy Jamaluddin (BN-UMNO Rembau), berkata mengikut rekod kewangan negara, kadar peratusan hutang negara daripada KDNK tertinggi dicatat ialah 103 peratus pada 1986.
Katanya, kenyataan Perdana Menteri itu boleh mengelirukan Dewan Rakyat.
“Beliau (Perdana Menteri) juga menyatakan pada zaman pentadbirannya sebagai Perdana Menteri tidak pernah mendengar hutang hingga angka trilion.
kj parlimen 2019
“Pada zaman itu, saiz ekonomi negara atau pencapaian KDNK hanya mencecah RM400 bilion sedangkan kini kita mencapai angka RM1 trilion,” katanya membahas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini.
Khairy turut terkejut dengan kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mengenai hutang negara yang kononnya menjadi liabiliti terbesar negara.
Katanya, isu hutang perlu dijelaskan dan kerajaan terdahulu tidak boleh dipersalahkan untuk dijadikan alasan memungkiri janji.
“Saya terkejut bagaimana kiraan hutang negara tidak mengikut piawaian antarabangsa dengan melonggokkan semua jaminan kerajaan dan menyenaraikan bayaran sewa kerajaan untuk pembangunan sebagai hutang kerajaan,” katanya.
Khairy berkata, pengamatannya mendapati asas utama kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah janji boleh dimungkiri dan tidak perlu dilaksanakan.
“Kita tidak boleh membenarkan asas palsu ini dijadikan alasan kerajaan untuk tidak melaksanakan apa yang dijanjikan dan menyalahkan kerajaan terdahulu,” katanya. (Sumber: Berita Harian)


KJ – SAYA NAK BEBAS TEGUR UMNO

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, mengakui tiga kali menolak tawaran mengisi jawatan dalam parti itu kerana mahu kekal sebagai suara bebas dalam parti.
KJ parlimen 2018
Beliau memilih untuk tidak terikat dengan suara kepemimpinan UMNO kerana melihatnya sebagai langkah terbaik membantu parti bangkit semula selepas tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
“Saya tak mahu terikat dengan keputusan parti ketika ini, saya mahu jadi suara bebas dalam UMNO.
“Saya masih bersama UMNO, tetapi biarlah saya ada kebebasan menyatakan pandangan sendiri. Ia bagus untuk UMNO,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengenai penolakan tiga tawaran daripada bekas Timbalan Perdana Menteri itu bagi mengisi jawatan dalam parti.
Ahmad Zahid dilaporkan mencadangkan Khairy bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti, mengisi jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) dan Ketua Penerangan UMNO, namun ketiga-tiganya ditolak bekas Menteri Belia dan Sukan itu.
Khairy mengakui tidak terkesan dengan pihak yang mahu melihatnya sebagai ‘pemberontak’ dalam UMNO, malah tidak teragak-agak untuk terus menegur pimpinan parti pada masa depan.
“Saya akan terus jalankan tugas di Parlimen dan kawasan serta turun berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK).
“Jika ada benda yang tak betul, kita tegurlah (pimpinan UMNO),” katanya yang kelihatan ceria sepanjang ditemubual wartawan.
Beliau turut menolak pandangan suaranya akan lebih didengari jika mengisi jawatan dalam UMNO, berdasarkan apa yang berlaku dalam parti itu sebelum ini.
“Awak rasa begitu? ‘Same thing all over again’ la (Sama saja semuanya),” katanya dalam nada agak sinis.
Mengenai hubungannya dengan Ahmad Zahid, Khairy menegaskan mereka masih baik walaupun mengakui wujud sedikit ketegangan selepas beliau enggan keluar dari Dewan Rakyat ketika majoriti Ahli Parlimen pembangkang berbuat demikian minggu lalu.
“Beliau menegur saya tadi buat pertama kali selepas insiden itu. Beliau tanya sama ada saya akan berbahas hari ini dan saya jawab ya,” katanya yang mengakui mood cerianya itu kerana dapat bercakap semula dengan Ahmad Zahid. (Sumber: Berita Harian)
Kredit : khalifahmailonline
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post