Walaupun Tun Mahathir Tak Nak Hantar Zakir Naik, Ramasamy Tetap Mahu Zakir Naik Dihantar Pulang..

Walaupun Tun Mahathir Tak Nak Hantar Zakir Naik, Ramasamy Tetap Mahu Zakir Naik Dihantar Pulang..

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy mengingatkan agar kerajaan Malaysia menghormati perjanjian ekstradisi dengan India.

Walaupun Tun Mahathir Tak Nak Hantar Zakir Naik, Ramasamy Tetap Mahu Zakir Naik Dihantar Pulang..
Walaupun Tun Mahathir Tak Nak Hantar Zakir Naik, Ramasamy Tetap Mahu Zakir Naik Dihantar Pulang..
Ramasamy berkata demikian sebagai mengulas berhubung pendakwah kontroversi berasal dari India, Zakir Naik.

"Jika India membuat permohonan rasmi untuk ekstradisi Zakir, ia perlu dihormati," katanya kepada Malaysiakini petang ini.

Malaysia dan India menandatangani perjanjian ekstradisi pada 2010.

ARTIKEL MENARIK: "Mati Dibalas Dengan Mati..!" - Ditahan Reman, Pengasuh Adam Rayqal Dikecam Teruk!


Rabu lalu, media India melaporkan Menteri Hubungan Luar negara itu telah membuat permohonan rasmi kepada Putrajaya agar Zakir dihantar pulang ke India.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu media pagi ini bahawa Zakir, yang telah diberi status penduduk tetap di Malaysia, tidak akan dihantar pulang.

"Selagi dia tak timbulkan masalah, kita tidak akan hantar dia pulang kerana dia ada status penduduk tetap," katanya.

Bagaimanapun, Ramasamy menjelaskan bahawa kerajaan India membuat dakwaan serius terhadap Zakir, antaranya dakwaan pengubahan wang haram, menganggu keharmonian, dan terlibat dengan aktiviti yang melanggar undang-undang.



"Tidak perlu wujud risau terjadi penganiayaan. India negara demokratik. Jika Zakir tidak bersalah, dia boleh cabar dakwaan itu di mahkamah," katanya.

Pemimpin DAP itu juga berkata Malaysia telah menghantar pulang beberapa individu sebelum ini, termasuk individu yang dikehendaki oleh kerajaan Sri Lanka.

Ramasamy turut bertanya bagaimana sekiranya negara lain enggan menghantar pulang penjenayah yang dikehendaki pihak berkuasa Malaysia.

"Bagaimana jika India enggan menghantar individu yang didakwa penjenayah yang dikehendaki dan sebaliknya dibenarkan mendapat perlindungan di negeri itu?

"Saya tidak pasti jika Zakir terlibat dengan sebarang jenayah di Malaysia, tapi saya pasti dia ada buat ucapan yang menggalakkan kebencian," katanya.

Sebelum ini, Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran menggesa kerajaan BN menarik semula status penduduk tetap Zakir kerana didakwa membuat ucapan berbaur kebencian.

"Dia sudah membuat pelbagai ucapan yang menggalakkan kebencian di negara ini dan di nagara lain. Dia tidak seharusnya dibenarkan tinggal di sini.. Ramai yang terpengaruh olehnya terlibat dalam aktiviti keganasan.
"Dia perlu dihanta pulang ke India untuk berdepan dengan dakwaan pengubahan wang haram dan membuat ucapan menggalakkan kebencian," katanya.

Kulasegaran juga mengingatkan bahawa sekiranya Singapura menghalangnya masuk ke negara mereka, Malaysia juga perlu melakukan hal sama.

Malaysiakini sedang menghubungi Kulasegaran untuk meminta ulasan berhubung kenyataan Dr Mahathir ke atas Zakir. - Malaysiakini

Wartawan FB

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post