Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak tahu kenapa gambar Tun Dr Mahathir Mohamad dipotong pihak berkuasa ketika PRU 14 lepas.
Saya Tak Tahu Kenapa Pihak Berkuasa Potong Wajah Tun Mahathir Ketika PRU14. - Najib |
Pakatan Harapan (HARAPAN) yang sekian lama menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kecenderungan berpihak kepada BN menuding jari kepada perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak atas kejadian berkenaan.
ARTIKEL MENARIK: Walaupun Tun Mahathir Tak Nak Hantar Zakir Naik, Ramasamy Tetap Mahu Zakir Naik Dihantar Pulang..
Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini minggu lalu, Najib menafikan memberi arahan kepada atau masuk campur dalam tindakan SPR.
Najib berkata, jika dia masuk campur dalam proses pilihan raya, BN tidak akan kalah dalam pilihan raya 9 Mei lalu.
Najib juga menyorot bahawa dia maklum terdapat khabar angin yang mengatakan ada orang dalam yang melakukan sabotaj dalam SPR dan Umno bagi melihat Dr Mahathir menang.
"Ini hanya spekulasi. Saya tidak mahu, maksud saya, ada orang kata ia sabotaj, kita tidak tahu.
"Anda cuma perlu lihat kesinambungan kejadian dan tanya orang yang berkaitan. Kadang-kadang ia tidak terjadi di bahagian atas, ia terjadi di bahagian bawah, tapi saya tidak mahu membuat tuduhan tertentu," katanya.
Najib juga berkata dia tidak senang beberapa perkara yang terjadi pada hari pengundian, terutamanya barisan panjang di pusat pengundian - kejadian yang juga dikaitkan dengannya.
"Masa yang lama yang diambil oleh pengundi untuk membuang undi, mengecewakan saya. Kebanyakan penyokong kami disuruh pulang atau membuat keputusan untuk pulang, dan mereka kecewa, mereka terpaksa menunggu tiga atau empat jam sebelum boleh mengundi.
"Ini perkara yang tidak sepatutnya terjadi," katanya.
Bekas presiden Umno itu juga mendakwa jika terdapat empat saluran mengundi di satu-satu pusat pengundian pada PRU ke-13, SPR seharusnya menjangkakan keperluan untuk menambah saluran mengundi bagi PRU ke-14 memandangkan terdapat pertambahan pengundi.
"Saya menjangkakan perkara seperti ini dimasukkan dalam pertimbangan. Terdapat laporan yang mengatakan saluran mengundi 1 dan 2, bagi pengundi 50 tahun dan ke atas, mereka diletakkan di tingkat dua atau tingkat tiga dan warga emas perlu dibantu dan perkara ini menyusahkan pengundi," katanya.
Jelas Najib, pengundi warga emas di saluran 1 dan 2 adalah pengundi yang lebih
Bekas presiden Umno itu juga mendakwa jika terdapat empat saluran mengundi di satu-satu pusat pengundian pada PRU ke-13, SPR seharusnya menjangkakan keperluan untuk menambah saluran mengundi bagi PRU ke-14 memandangkan terdapat pertambahan pengundi.
"Saya menjangkakan perkara seperti ini dimasukkan dalam pertimbangan. Terdapat laporan yang mengatakan saluran mengundi 1 dan 2, bagi pengundi 50 tahun dan ke atas, mereka diletakkan di tingkat dua atau tingkat tiga dan warga emas perlu dibantu dan perkara ini menyusahkan pengundi," katanya.
Jelas Najib, pengundi warga emas di saluran 1 dan 2 adalah pengundi yang lebih cenderung mengundi BN dan mereka akan keberatan keluar mengundi jika dengar terpaksa menunggu lama.
"Jadi ini adalah perkara yang saya tidak senang... Ini adalah perkara-perkara yang terjadi yang memberi kemudaratan kepada kami (BN).
"Tapi sistem macam itu. Setiap hal kecil disalahkan kerajaan dan perdana menteri," katanya. - Malaysiakini
Wartawan FB
Post a Comment