Laman Twitter Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak memuat naik satu video terbaru yang didedikasikan buat rakyat Malaysia perihal perkongsian perasaan berhubung tindakan terbaru melibatkan dirinya.
[VIDEO] Ini Kandungan Isi Hati Bekas Perdana Menteri, Najib Razak Sejurus Ditahan |
ARTIKEL MENARIK: Najib Ditahan SPRM. Ini Reaksi Mat Sabu Yang Buat Ramai Respek
“Rakyat Malaysia dikasihi, sekiranya saudara saudari mendengar mesej ini, maknanya tindakan sudah pun diambil ke atas saya.Video yang turut memaparkan visual lama sebelum ini.
“Saya ingin memohon ampun dan maaf kepada rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia berhak mendapat pimpinan yang terbaik,” katanya.
“Namun demikian, saya juga ingin menyuarakan isi hati saya kepada rakyat Malaysia yang sangat saya kasihi.“Ya, memang saya tidak sempurna seperti manusia biasa. Namun percayalah, apa yang dituduh ke atas saya dan keluarga tidak semuanya benar.
“Ya saya sudah tewas dan saya akur keputusan rakyat dan saya sedar bahawa kekalahan ini bermakna saya terdedah kepada lebih banyak tohmahan yang dahsyat ” itu antara katanya lagi seperti yang dipetik menerusi video tersebut.
Di bawah merupakan versi penuh isi kandungan video yang dimuat naik.
Saya terima bahawa hari ini adalah hari saya dan keluarga menjalani dugaan dunia. pic.twitter.com/UbjGK9GBDb— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) July 3, 2018
Terdahulu, Najib ditahan pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB pada sekitar jam 3.00 petang pada Selasa berhubung siasatan ke atas SRC International Sdn Bhd.
Dalam satu kenyataan, tangkapan tersebut dibuat di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.
ARTIKAL BERKAITAN :
Foto: Carian Google
Kredit : Media Hiburan.
Post a Comment