Najib Razak Bermalam Di Lokap SPRM, Tunggu Pertuduhan Di Mahkamah Esok..

Najib Razak Bermalam Di Lokap SPRM, Tunggu Pertuduhan Di Mahkamah Esok..

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditahan di lokap Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, sementara menunggu pertuduhan di mahkamah esok lapor Berita Harian.

Najib Razak Bermalam Di Lokap SPRM, Tunggu Pertuduhan Di Mahkamah Esok..
Najib Razak Bermalam Di Lokap SPRM, Tunggu Pertuduhan Di Mahkamah Esok..
Difahamkan, kenderaan yang membawa Najib tiba jam 4 petang tadi di ibu pejabat SPRM di sini.


Sebelum itu, Najib ditahan di kediamannya di Jalan Langgak Duta, jam 2.35 petang tadi.

Pasukan Petugas Khas 1MDB dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan tangkapan dibuat terhadap Najib berkaitan SRC International Sdn Bhd.

ARTIKEL MENARIK: Laporan Berita Dakwa Najib Razak Sudah Ditangkap SPRM


Menurut kenyataan itu, Najib akan dituduh jam 8.30 pagi esok di Mahkamah Kuala Lumpur.


Pada bulan lalu, Najib dua kali dipanggil memberi keterangan berhubung dakwaan rasuah berkaitan SRC dan 1MDB yang sedang dijalankan oleh SPRM.

Media sebelum ini melaporkan yang siasatan SPRM menemui bukti sejumlah RM42 juta (AS$10.6 juta) dipindahkan daripada dana 1MDB ke dalam akaun peribadi Najib pada akhir 2015, sebelum membuat cadangan supaya siasatan lanjut dijalankan tetapi ditolak peguam negara ketika itu.

Susulan langkah pihak berkuasa Malaysia membuka semula siasatan kes terbabit, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) berkata, pihaknya akan meneruskan siasatan terhadap 1MDB dengan kerjasama pihak berkuasa Malaysia berhubung skandal itu.


Pada 2016 dan 2017, DOJ mengambil tindakan melucutkan hak terhadap aset bernilai lebih AS$1.7 bilion yang disyaki hasil penyelewengan dana 1MDB.

Berdasarkan aduan, sejumlah lebih AS$4.5 bilion dana daripada 1MDB, didakwa diselewengkan menerusi pelbagai syarikat dan akaun bank yang terletak di Amerika Syarikat dan negara lain.

Sumber: Berita Harian.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post