CHINA- Seorang nenek melempar cucunya yang baru dilahirkan ke lantai di luar kawasan hospital gara-gara geram kerana anak gadisnya yang masih bersekolah melahirkan seorang bayi secara tiba-tiba tanpa pengetahuan keluarga.
(VIDEO) Berang Anak Gadis Usia 15 Tahun Yang Masih Bersekolah Bersalin Anak Luar Nikah, Nenek Lempar Bayi Baru Lahir Ke Lantai Di Luar Kawasan Hospital.. |
Anak gadisnya yang berusia 15 tahun itu bersalin di tepi jalan raya berdasarkan sebuah rakaman video yang tular di laman sosial.
ARTIKEL MENARIK: Terperangkap Dalam Gua. Wartawan Dunia Terkedu Dengan Layanan Orang Islam Thai
Wanita itu bukannya menyambut bayi berkenaan, malah meninggalkan cucunya itu di lantai dan menyebabkan lebam yang teruk pada bayi malang itu.
Orang yang lalu lalang di tempat kejadian lantas berlari menyelamatkan bayi tersebut, meletakkannya di atas selimut dan melindunginya dari hujan menggunakan payung.
Mereka kemudiannya meminta wanita berkenaan untuk mengambil cucunya tetapi dia tetap berkeras hati dengan menjerit memberitahu mereka ”tidak, tidak, kami tidak mahu anak ini.”
Difahamkan, anak gadisnya yang sedang belajar di daerah lain dengan jarak 250 batu dari rumah mereka pulang untuk melawat keluarga.
Gadis itu kemudiannya mula mengalami pendarahan dan berada dalam kesakitan menyebabkan wanita itu terus menghantar anaknya itu ke hospital.
Tetapi belum sempat mereka sampai, gadis itu telah melahirkan anak di luar sebuah hospital di timur China.
Bayi itu bernasib baik apabila dibantu oleh pihak hospital dan menerima rawatan.
Menurut pihak polis, mereka telah bercakap dengan wanita berkenaan yang dikenali sebagai Lin dan menerangkan tindakannya meninggalkan bayi berkenaan sebagai satu jenayah.
VIDEO:
VIDEO:
Sumber : Mirror UK
Post a Comment