Saman Amar Singh. Ini Jawapan Balas Ketua Polis Terhadap Najib Yang Ramai Tak Tahu

Saman Amar Singh. Ini Jawapan Balas Ketua Polis Terhadap Najib Yang Ramai Tak Tahu

Baru ni Najib ada saman Amar Singh dan ini jawapan balas Ketua Polis Negara yang mengejutkan terhadap tunttutan tersebut yang ramai tak tahu.

Saman Amar Singh. Ini Jawapan Balas Ketua Polis Terhadap Najib Yang Ramai Tak Tahu
Saman Amar Singh. Ini Jawapan Balas Ketua Polis Terhadap Najib Yang Ramai Tak Tahu
MASIH TUNGGU TINDAKAN RASMI BEKAS PM

ARTIKEL MENARIK: ‘44 Unit Barangan Kemas Dirampas Polis.’ Firma Tukang Emas Borong Dari Lubnan Yang Merupakan Pemilik Barangan Kemas Failkan Saman RM59.8 Juta Pada DS Rosmah..


Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tunggu dan lihat susulan kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ingin menyaman Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).
Setakat ini, PDRM belum terima sebarang permohonan daripada pihak Najib yang mendakwa serbuan dan rampasan yang dilakukan JSJK itu kononnya tidak mengikut Prosedur Operasi Standart (SOP) yang ditetapkan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata pihaknya sedia maklum berhubung tindakan Najib yang sebelum ini mengemukakan saman sivil terhadap tiga penyiasat kanan yang mengendalikan siasatan terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Pada masa ini kami (PDRM) masih belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada pihak Datuk Seri Najib berhubung tindakan saman yang dikemukakan dan saya tidak dapat untuk mengulas lebih lanjut tentang perkara ini.
“Apa yang penting, pihak kami ingin melihat apakah yang sebenarnya bentuk melanggar SOP seperti yang dinyatakan oleh Datuk Seri Najib,” katanya dalam sidang media sempena Mesyuarat Agung Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad, di sini, hari ini.
Mohamad Fuzi berkata, pihak polis juga tidak ingin membuat sebarang komen balas terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Najib sehingga siasatan yang dijalankan selesai.
“Dia (Najib) boleh cakap apa yang hendak dikatakannya dan kami hanya menunggu sebarang tindakan susulan serta permohonan rasmi berhubung isu pelanggaran SOP ini.
“Perkara ini adalah berkaitan dengan peruntukan undang-undang yang ditetapkan dan dia sendiri sudah mengemukakan saman, maka kita (PDRM) tunggu dan lihat sajalah,” katanya.
Selain Amar Singh, dua lagi penyiasat kanan kes 1MDB yang disaman oleh Najib adalah Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Shukri Abdull, dan Peguam Negara, Tommy Thomas.
Peguam Badrul Abdullah yang mewakili Najib mendakwa ketiga-tiga individu terbabit bertindak secara prejudis terhadap anak guamnya sepanjang tempoh siasatan. (Sumber: Berita Harian)


MISTERI MOTORSIKAL TERSADAI TERJAWAB – PEMILIK DITEMUI MATI

Misteri sebuah motosikal yang tersadai di bahu jalan berhampiran kawasan perumahan Jalan Impian Indah, BK 8/3D, Bandar Kinrara, di sini, membawa kepada penemuan mayat seorang dipercayai lelaki warga Indonesia di dalam hutan, semalam.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 2.20 petang oleh penghuni yang menemui mayat berkenaan.
“Difahamkan mayat itu ditemui penghuni kawasan perumahan berhampiran yang curiga dengan motosikal di bahu jalan berkenaan. Pemeriksaan penghuni terbabit menemui mayat seorang lelaki di dalam hutan itu.
“Semakan lanjut oleh pasukan forensik mendapati mayat lelaki itu lengkap berpakaian, namun tidak memakai kasut dalam keadaan tertiarap di lereng bukit di kawasan hutan berkenaan.
“Pemeriksaan lanjut terhadap badan mangsa mendapati terdapat beberapa kesan luka dipercayai akibat objek tajam pada bahagian belakang leher, pinggang dan siku kiri lelaki terbabit,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Ismadi berkata, pemeriksaan lanjut menemui kunci motosikal serta cukai jalan pada tangan kanan lelaki itu selain beg silang yang ditemui berhampiran mayat mangsa.
“Di dalam beg itu, terdapat dompet mengandungi sejumlah wang tunai dan salinan dokumen Program Penggajian dan Penempatan Semula pendatang asing tanpa izin (PATI) atas nama seorang lelaki warga Indonesia.
“Kami turut menemui sebuah motosikal kira-kira 60 meter dari lokasi mayat mangsa ditemui yang diletakkan di bahu Jalan Impian Indah, Bukit Jalil, di sini, dalam keadaan berkunci baik.
“Semakan mendapati motosikal itu didaftarkan atas nama seorang lelaki warga Indonesia,” katanya.
Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan waris dan punca kejadian.
“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, berdasarkan siasatan awal, pihaknya sedang mengenalpasti identiti mayat terbabit.
Katanya, berdasarkan salinan dokumen program penggajian dan penempatan semula yang ditemui pada mayat mangsa, mangsa lelaki warga Indonesia itu dipercayai bekerja di sebuah kedai menjual perkakas di Selangor. (Sumber: Berita Harian)
Kredit : khalifahmailonline
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post