"Tutup Semua Sekolah Tahfiz!" - Zam, Netizen Berang.

"Tutup Semua Sekolah Tahfiz!" - Zam, Netizen Berang.

BEKAS Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang kini diihat begitu galak bercakap menghentam pelbagai pihak yang tidak sehaluan dengan Kerajaan Pakatan Harapan, hakikatnya hanya mencari publisiti murahan apabila mencadangkan supaya sekolah tahfiz ditutup.

"Tutup Semua Sekolah Tahfiz!" - Zam, Netizen Berang.
"Tutup Semua Sekolah Tahfiz!" - Zam, Netizen Berang.
Penulis tidak faham apa yang dalam kepala otak Zainuddin kerana membuat satu cadangan yang menunjukkan betapa ceteknya pengetahuan beliau mengenai sekolah agama atau sekolah tahfiz walaupun bergelar 'Tokoh Wartawan'.

Oleh itu penulis bersetuju dengan ketegasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa yang menolak 'mentah-mentah' cadangan bekas Ahli Parlimen Merbok itu dan meminta beliau membuat 'home work'.

ARTIKEL MENARIK: Boleh tak ‘makan’ duit raya anak?. Ini jawapan dari Ustaz Azhar Idrus!


Ternyata Zainuddin menulis ikut sedap mulut dan hatinya sahaja. Zainuddin perlu faham biarpun bergelar tokoh wartawan ia tidak bermaksud seseorang itu tahu segala-galanya, justeru kalaupun mahu tunjuk pandai janganlah buat cadangan yang bukan-bukan.

Kenapa sekolah tahfiz yang menjadi sasaran Zainuddin? Apa dosa sekolah tersebut kepada beliau? Siapa yang beri maklumat sehingga Zainuddin menulis "... menutup semua sekolah tahfiz di negara ini yang tidak memberikan harapan masa depan kepada generasi baru Islam.”

Mungkin Zainuddin pernah belajar di sekolah agama seperti Maktab Mahmud yang dianggap cukup tetapi itu tidak bermaksud beliau boleh begitu mudah mahu sekolah tahfiz ditutup.


Penulis menasihatkan Zainuddin kalaupun mahu mencari publisiti atau menarik perhatian kepemimpinan negara, janganlah buat cadangan yang bukan-bukan.


Sebaliklah kemukakan cadangan bagi memperkasakan sekolah tahfiz dan bukannya menghapuskan sekolah berkenaan.

Dan paling penting janganlah akhirnya akibat keghairahan tersebut, beliau dilihat sanggup menjadikan sekolah tahfiz sebagai mangsa dan secara beliau tidak disedari dilihat melaksanakan agenda pihak lain yang tidak senang dengan kewujudan sekolah agama.

Justeru adalah lebih baik Zainuddin yang sudah pasti mempunyai banyak masa terluang, gunakanlah masa itu untuk mengkaji dan melawat sekolah tahfiz supaya beliau tidak dilihat tidak cerdik bila menulis dalam laman sosial.- UTUSAN ONLINE

Komen Netizen

Capture1.PNG

Capture.PNG

Sumber : Wartawan FB
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post