Boleh tak ‘makan’ duit raya anak?. Ini jawapan dari Ustaz Azhar Idrus!

Boleh tak ‘makan’ duit raya anak?. Ini jawapan dari Ustaz Azhar Idrus!

Hukumnya haram jika kita menggunakan duit raya anak-anak. Jika keadaan terlalu mendesak, kita boleh meminjam namun adalah wajib dibayar balik.

Boleh tak ‘makan’ duit raya anak?. Ini jawapan dari Ustaz Azhar Idrus!
Boleh tak ‘makan’ duit raya anak?. Ini jawapan dari Ustaz Azhar Idrus!
Buka akaun simpanan untuk anak-anak. Sebaik saja mereka mendapat duit raya, kita sebagai ibu bapa perlulah amanah, terus menyimpan wang tersebut di dalam akaun bank mereka.

Tidak baik kita sebagai ibu bapa guna duit yang orang telah berikan kepada anak-anak kita. Kalau terlalu terdesak, kita gantikan semula. Jangan buat-buat lupa, bimbang di akhirat kelak kita akan ditanya kenapa tidak amanah.

Ya, memang mereka masih kecil lagi, tak boleh guna duit banyak-banyak dan mereka tak tahu menggunakannya dengan bijak. Ibu bapa bantulah mereka menyimpan duit raya di akaun simpanan mereka. Bila dewasa kelak, bolehlah mereka gunakan duit simpanan itu untuk pendidikan, beli barang keperluan sekolah dan lain-lain.

ARTIKEL MENARIK:  Panduan Solat Sunat Aidilfitri Secara Berjemaah Atau Bersendirian Dari JAKIM


Kita nak duit, kita kena cari sendiri. Jangan bedal duit anak. Ingat tu.
Ustaz Azhar Idrus (UAI) juga pernah menjawab isu yang sama dalam ceramahnya.
“Perkara ini selalu berlaku dalam masyarakat kita. Ada yang menggunakan duit raya anak-anak untuk membeli sport rim, spoiler dan lain-lain. Haram guna duit raya anak-anak untuk kepentingan diri.
“Namun boleh gunakan duit raya anak-anak sekiranya dalam keadaan terdesak seperti bekalan elektrik hendak dipotong sebab tak bayar. Yang mana masalah itu juga akan mendatangkan kemudaratan kepada anak-anak. Jadi boleh gunakan duit raya anak-anak untuk membayar bil elektrik.
“Walau bagaimanapun ia perlu dibayar segera.” katanya.
Video Player
00:00
00:05
INFORMASI
Ustaz Azhar Idrus (lahir 12 Februari 1964) ialah penceramah bebas Malaysia. Ribuan penonton hadir kerana meminati gaya penyampaiannya. Ceramahnya amat bersahaja, diselit dengan jawapan lucu tetapi tepat, padat dan mengena serta pekat berbahasa Terengganu. Orang ramai boleh bertanya soalan secara terus dan dijawab secara spontan.


Ustaz Azhar Idrus lahir pada 12 Februari 1964 di Kampung Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Dahulunya Ustaz seorang pemain gitar dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”.[perlu rujukan] Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuannya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik, bukannya untuk mencari glamour. Beliau pernah menjadi guru muzik pada tahun 1985.
Beliau juga seorang jurugambar yang baik. Oleh itu beliau mesra dan serasi dengan orang muda. Ceramah beliau yang disertai pelawak Zizan Raja Lawak cukup menarik perhatian ramai.
Ustaz juga aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.
Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau mempelajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau sendiri pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah atau pondok guru berkenaan.
Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang bekas ketua kumpulan “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali, kawannya ini telah berubah dengan perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkah lakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar agama di Patani selama “kehilangannya”. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi seperti rakannya juga, maka Ustaz Azhar pun mula mendalami ilmu agama.
Sumber : Thereporter
Sumber : youarelejen

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post