Top Ad 728x90

Monday, 2 July 2018

,

[TERKINI] Syed Saddiq Menteri Belia dan Sukan Yang Baharu

loading...

KUALA LUMPUR - Seramai 13 menteri dan 23 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara hari ini.

[TERKINI] Syed Saddiq Menteri Belia dan Sukan Yang Baharu
[TERKINI] Syed Saddiq Menteri Belia dan Sukan Yang Baharu
Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan dan Angkat Sumpah itu berlangsung di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V kira-kira jam 11 pagi.

Pelantikan itu menyaksikan Kabinet baharu kerajaan kini berjumlah 26 menteri dan 23 timbalan menteri.

Sebelum ini 13 menteri Kabinet telah mengangkat sumpah pada 21 Mei 2018.

ARTIKEL MENARIK:  (Video) Giliran Zahid Beri Keterangan Di Ibu Pejabat SPRM


Ahli parlimen Muar, Syed Saddiq mengangkat sumpah sebagai Menteri Belia dan Sukan sebentar tadi. Pelantikan ini seterusnya menjadikan Syed Saddiq sebagai Menteri paling muda di Malaysia yang pernah dilantik.


Syed Saddiq, 26, merupakan juga Ketua Armada bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Anak kelahiran Johor itu membuat kejutan pada Pilihan Raya Umum baru-baru ini apabila berjaya menambat hati orang Muar seterusnya menewaskan penyandang selama tiga penggal kerusi berkenaan, Datuk Seri Razali Ibrahim dari BN.

Kredit : Wartawan FB

-----------------------------------------------------------------
loading...

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90