4 tentera maut, 31 orang awam cedera dalam letupan kereta di Mali

4 tentera maut, 31 orang awam cedera dalam letupan kereta di Mali

BAMAKO – Empat orang maut dan 31 orang awam cedera parah dalam letupan bom sebuah kereta dan serangan yang berlaku di Mali, semalam.

4 tentera maut, 31 orang awam cedera dalam letupan kereta di Mali
4 tentera maut, 31 orang awam cedera dalam letupan kereta di Mali
“Saya mengesahkan kereta yang mempunyai bom memasuki kem tentera Barkhane dan meletup di tapak kem tersebut,” kata jurucakap Kementerian Pertahanan Mali, Boubacar Diallo.

Kejadian itu berlaku dua hari selepas militan Islam membunuh enam orang di ibu pejabat tentera Mali.

ARTIKEL MENARIK:  Buta sejarah!: Tindakan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) ini menimbulkan kontroversi kepada Malaysia & Singapura


“Dari rekod sumber hospital, empat orang awam maut dan 31 orang cedera parah dalam kejadian,” kata Boubacar Diallo di laman Twitter.

Seramai 4,000 askar tentera Perancis ditempatkan di bekas tanah jajahannya di rantau Sahel.


Sementara itu, Kementerian Keselamatan Mali berkata, lapan tentera Perancis mengalami kecederaan parah dalam serangan tersebut. – Agensi

Kredit : MalaysiaGazette.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post