“IA hanyalah gimik untuk menarik perhatian pengunjung di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” kata Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.
Susulan kejadian rasuk ulik mayang di klia menjadi tular kelmarin. Lelaki ini dedah apa sebenar yang terjadi dan pasti buat ramai terkejut besar |
Beliau berkata demikian mengulas mengenai video tular yang memaparkan dua individu dikatakan ‘dirasuk’ ketika menonton persembahan Ulek Mayang sempena promosi Visit Beautiful Terengganu (VBT).
ARTIKEL MENARIK: Anak petani cemerlang di Liverpool
BUKAN VIDEO BARU
Katanya, video berkenaan dirakam pada Oktober tahun lalu di KLIA, Sepang, Selangor.
Menurutnya, sepanjang promosi itu dilakukan, penari dari Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUKTRA) menyediakan pelbagai gimik bagi menarik perhatian orang ramai di KLIA untuk menonton persembahan sekali gus memperkenalkan kebudayaan negeri ini kepada pengunjung terutamanya pelancong asing.
“Individu yang dikatakan dirasuk ketika menonton persembahan Ulek Mayang itu adalah kakitangan SUKTRA sendiri, malah orang ramai yang menyaksikan kejadian itu tahu apa sebenarnya yang berlaku di lokasi.
“Bagaimanapun, saya sendiri agak terkejut apabila video itu menjadi viral minggu ini dengan pelbagai komen oleh pengguna laman sosial yang tidak mengetahui perkara sebenar,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.
Bagaimanapun, Tun Ahmad Faisal berpandangan penularan video itu secara tidak langsung memberikan promosi kepada Terengganu.
Beliau berkata, pihaknya juga sudah sedia maklum mengenai gimik yang dicetuskan oleh penari berkenaan.
Video berdurasi 1 minit 59 saat itu dikatakan mula dimuat naik di Twitter dua hari lalu sebelum ia tular dan menjadi bualan pengguna laman sosial lain termasuk Facebook.
Di dalam klip video terbabit, aksi penari SUKTRA mempersembahkan tarian Ulek Mayang yang dikatakan ‘berhantu’ sehingga menyebabkan seorang lelaki tiba-tiba melompat naik ke pentas persembahan sebelum menyerang penari.
Selang beberapa ketika kemudian, seorang ‘pengunjung’ wanita yang menyaksikan persembahan itu tiba-tiba menjerit kononnya ‘disampuk’ sebelum dibantu beberapa individu berhampirannya.
SUMBER : HMETRO ONLINE via TVBULAN
TERDAHULU…
KECOH DI KLIA APABILA SATU PERSEMBAHAN ULEK MAYANG SEMPENA PROMOSI TAHUN MELAWAT TERENGGANU BERAKHIR DENGAN TRAGEDI
Kalau korang tak tahu Ulek Mayang ni adalah tarian tradisional berasal dari Terengganu. Dulu-dulu dorang guna lagu ni sebagai iringan kepada tarian yang dipersembahkan untuk memuja semangat laut.
Uniknya lagu Ulek Mayang ni sebab dia selalu dikaitkan dengan elemen mistik dan menyeramkan. Korang kalau dengar je dendangan lagu Ulek Mayang ni kadang-kadang boleh meremang bulu roma! Uishhhh
Semalam, kecoh di KLIA apabila satu persembahan Ulek Mayang sempena promosi Tahun Melawat Terengganu berakhir dengan tragedi sebab tiba-tiba berlaku kejadian histeria.
Melalui video yang dikongsi oleh salah sorang individu di Twitter, korang dapat tengok masa penari tu tengah menari, tiba-tiba sorang individu melompat naik atas stage. Dia ikut menari dan kemudian bergelut dengan penari kat atas tu! Seram weh!
Lepas tu, seorang wanita kat bahagian penonton pulak jatuh terjelepuk dan mula menjerit. Terus je ramai yang bantu cuba tenangkan dia. Tapi memang payah sebab dia meronta-ronta dengan ganas. Naik bulu roma weh!
Ramai jugak netizen yang menambah dan menceritakan pengalaman seram dorang mengenai Ulek Mayang. Betul lah lagu ni memang dihantui.
Sumber: Twitter
Ada pulak beberapa netizen yang komen cakap yang benda ni sebenarnya semua flash mob je. Laa macam tu pulak??
Sumber: Twitter
Tak dapat dipastikan sama ada benda ni just lakonan je ataupun memang benar-benar terjadi. Tapi yang pastinya memang naik bulu roma bila tengok video tu.
Post a Comment