Anak petani cemerlang di Liverpool

Anak petani cemerlang di Liverpool

KUALA TERENGGANU – Seorang pelajar kelahiran Terengganu, Wan Nur Faezah Wan Mustafa, 23, membanggakan negeri dalam bidang akademik setelah meraih First Class (Hons) Ijazah Perakaunan di University of Liverpool, England baru-baru ini.

Anak petani cemerlang di Liverpool
Anak petani cemerlang di Liverpool

Kejayaan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud itu menarik perhatian umum, malah Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mohktar turut mengucapkan tahniah di atas kejayaan anak jati Kampung Pinang, Besut itu.

Dalam satu kenyataan, katanya, pujian juga harus diberikan kepada bapa pelajar itu, Wan Mustafa Hussin, 56, yang juga seorang petani dan ibunya, Zaiton Zakaria, 54, di atas pencapaian anak kedua daripada empat beradik itu.

ARTIKEL MENARIK: 'Kenapa Abah Nak Buat Sampai Camtu? Aku Bukan Anak Dia...' - Kasih Seorang Bapa Tiri Ini Buat Netizen Rasa Sebak


“Saya juga difahamkan bahawa beliau datang dari keluarga yang kurang berkemampuan, namun ia bukanlah satu halangan untuk mengecapi kejayaan ini.

“Kejayaan anak kelahiran Besut yang juga anak petani ini turut menjadi kebanggaan rakyat Terengganu dan diharapkan dapat menjadi penyuntik semangat buat pelajar lain untuk mencontohi beliau,” katanya.



Wan Nur Faezah memperoleh keputusan 8A+ dan 1A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014, ditawarkan melanjutkan pelajaran ke universiti selama tiga tahun bermula September 2015.


Walaupun beliau mendapat tajaan Mara, namun disebabkan faktor kekangan kewangan keluarga, pernah dilaporkan sebelum pemergiannya, pelajar cemerlang itu berdepan kesukaran bagi menyediakan keperluan diri.

Wan Nur Faezah mendapat tawaran itu ketika sedang belajar di International Baccalaureate Kolej Mara Banting dan urusan pemergiannya itu turut dipermudahkan dengan bantuan UMNO bahagian Besut. – UTUSAN ONLINE

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post