“Setelah Berjumpa Doktor, Abang Disahkan …” – Remy Ishak

“Setelah Berjumpa Doktor, Abang Disahkan …” – Remy Ishak

Pelakon Remy Ishak berseloroh dengan peminatnya bahawa dia kini sedang mengandung empat bulan.

“Setelah Berjumpa Doktor, Abang Disahkan …” – Remy Ishak
“Setelah Berjumpa Doktor, Abang Disahkan …” – Remy Ishak
Kata Remy, perubahan itu dirasai ekoran sambutan Aidilfitri dan rumah terbuka sejak dua minggu lalu.

“Setelah berjumpa dengan doktor, abang disahkan mengandung 4 bulan ketika menyambut Aidilfitri yang mulia.

“Berikut dipaparkan gambar bukti sebelum dan selepas,” tulis Remy.

ARTIKEL MENARIK: Buletin Utama ‘Buat Hal’ Lagi



Perkongsian Remy mendapat reaksi lucu daripada netizen.

Rata-rata netizen tidak menyangka pelakon filem Nur Kasih ini mempunyai sisi humor.

“Mengong la awak ni Remy,” tulis aktres cantik Erra Fazira.

“Baby girl ke boy tu? Alahan teruk tak? Hahaha. Ngek tul la,” tanya @effzie.

“Siapa yang mengandungkan awak ni?” soal @mawar_asnieyza.

“Tak sangka kelakar juga,” tambah pengguna lain.

Teks oleh: Amri Hassan

Foto: @remyishak

Sumber: Gempak


Terdahulu:

“Ugut Nak Viral, Fitnah & Aibkan Orang, Mana Otak?” – Dakwa Dianiaya, Remy Ishak Buat Laporan Polis



Pelakon Remy Ishak tampil membuat laporan polis mendakwa dirinya difitnah oleh seorang lelaki.

Kata Remy, lelaki berkenaan bersikap kurang ajar dan melampau hingga menganiayanya.
“Saya baru balik daripada balai polis tadi. Saya membuat laporan polis sebab ada satu mamat dia kurang ajar dengan saya.

“Saya faham sekarang dunia viral tapi jangan nak ambil kesempatan dan jangan nak aniaya kami.

“Ya, saya tahu zaman sekarang semua orang nak glamor, kadang-kadang buat benda tak sepatutnya, mengaibkan orang dan buat video viral terutama berkaitan selebriti sebab nak glamor,” kata Remy menerusi video Instastory miliknya.



Pelakon filem Sembunyi Amukan Azazil itu menyifatkan tindakan sedemikian tidak berakal dan bodoh.

“Ugut-ugut nak viralkan, nak fitnah, nak aibkan orang, where is your brain?

“Ada banyak cara lain nak dapat duit tetapi buat benda bangang sebab semata-mata nak satu kampung tahu masalah kau, bodoh!” katanya lagi.

Bagaimanapun, Remy tidak mendedahkan maklumat lanjut berkenaan laporan polis tersebut malah tidak dinyatakan individu yang dimaksudkan.

Teks oleh: Amri Hassan

Foto: @remyishak

Sumber: Gempak

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post