PETALING JAYA: Pengasuh suspek utama kes kematian bayi berusia lima bulan, Adam Rayqal Mohd Sufi dipercayai sempat mengiklankan dirinya dalam sebuah grup pengasuh di Facebook beberapa jam sebelum ditahan.
Sempat lagi ‘iklan diri’ jadi pengasuh bayi lain sebelum ditahan, memang Pu4ka betul perempuan ni!! |
Pengasuh berusia 33 tahun itu turut meninggalkan nombor telefon bimbitnya di ruangan komen posting berkenaan.
Norhaslinda Md Nor yang mendakwa nyaris menghubungi wanita itu berkata, dia membuat posting iklan mencari pengasuh untuk anak keduanya kira-kira pukul 11.30 pagi Selasa.
ARTIKEL MENARIK: Bayi Baru Lahir Ditemui Di Dalam Beg Kertas Yang Digantung Di Cermin Sisi Sebuah Kereta..
Norhaslinda atau mesra disapa Linda ketika dihubungi mStar Online berkata dia tidak menyangka pengasuh terbabit, yang menjadi suspek kes kematian Adam Rayqal turut meninggalkan mesej di ruang komen posting tersebut sekitar pukul 3 petang Selasa.
“Ya saya up posting pukul 11.30 pagi (Selasa) ingat nak survey awal (pengasuh) untuk saya hantar anak dalam Oktober nanti selepas bersalin anak kedua.
“Lagipun saya rancang nak bekerja semula nanti. Tapi tak sangka dia ada komen dalam tu,” kata wanita berusia 25 tahun itu.
Linda turut memanjatkan rasa syukur kerana Allah menjauhkan dirinya daripada berkemungkinan menjadi mangsa kezaliman pengasuh tersebut.
“Alhamdulillah Allah jauhkan dari manusia kejam seperti itu. Saya belum hubungi pengasuh tersebut kerana agak sibuk semalam,” katanya.
Susulan berita kematian bayi berusia lima tahun itu, Linda berkata dia kini serik dan takut untuk menghantar anaknya dijaga pengasuh.
“Fobia sangat sebab anak pertama pernah kena dengan pengasuh lama sebelum ini. Sebab itu saya ambil keputusan untuk berhenti kerja dan jaga anak sendiri sekarang,” katanya.
Pada malam Selasa, netizen digemparkan dengan berita Adam Rayqal yang dilaporkan hilang selepas didakwa diambil seorang lelaki menyamar sebagai bapanya, ditemui mati di rumah pengasuhnya di Gombak.
Mayat Adam Rayqal ditemui di bahagian atas peti sejuk dua pintu di rumah pengasuhnya, kira-kira pukul 11 malam Selasa.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mayat bayi berkenaan yang dibalut dengan kain lampin dan disumbat di dalam beg berwarna hijau ditemui disorokkan dalam bahagian sejuk beku.
Mangsa ditemui anggota polis yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan selepas siasatan polis mendapati keterangan pengasuh terbabit meragukan.
Pengasuh berusia 33 tahun itu bersama rakan serumahnya yang berusia 36 tahun sudah ditahan polis bagi membantu siasatan.
Sumber: Mstar
Post a Comment