“JIKA ini harga yang saya terpaksa bayar selepas 42 tahun berkhidmat untuk rakyat dan negara, saya akan redha,” DS Najib

“JIKA ini harga yang saya terpaksa bayar selepas 42 tahun berkhidmat untuk rakyat dan negara, saya akan redha,” DS Najib

“JIKA ini harga yang saya terpaksa bayar selepas 42 tahun berkhidmat untuk rakyat dan negara, saya akan redha,” kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“JIKA ini harga yang saya terpaksa bayar selepas 42 tahun berkhidmat untuk rakyat dan negara, saya akan redha,” DS Najib
“JIKA ini harga yang saya terpaksa bayar selepas 42 tahun berkhidmat untuk rakyat dan negara, saya akan redha,” DS Najib
Bercakap pada sidang media di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini, Najib mendakwa pertuduhan yang dihadapinya hari ini adalah kehendak kerajaan baharu.

ARTIKEL MENARIK: Sempat lagi ‘iklan diri’ jadi pengasuh bayi lain sebelum ditahan, memang Pu4ka betul perempuan ni!!




Beliau berkata, jika prosiding yang dilaluinya hari ini adalah proses yang benar-benar adil mengikut keluhuran undang-undang, beliau yakin tidak akan disabitkan kesalahan.

“Insya-Allah, saya yakin saya tidak bersalah. Ini adalah peluang terbaik untuk saya membersihkan nama saya secara tuntas selepas ditohmah dan dituduh dengan begitu berat sekali.



“Hari ini hakim membuat keputusan bahawa ada `gag order’ (perintah larangan memberi ulasan) terhadap kes ini. Jadi saya menghormati keputusan hakim dan tak boleh cakap lebih dari itu,” katanya.

Najib turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pasukan keselamatan kerana memberikan layanan yang baik serta menghormatinya sebagai bekas Perdana Menteri.


“Mudah-mudahan proses ini berjalan dengan baik , insya-Allah saya harap rakyat dan penyokong saya bertenang. Saya juga kagum dengan kehadiran mereka untuk memberi sokongan moral,” katanya.



Artikel Sebelum Ini

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibebaskan selepas dijamin oleh dua anaknya yang membayar sebahagian daripada jaminan RM1 juta yang ditetapkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Jaminan itu dibayar Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib di bank dalam Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, kedua-dua anak Najib itu enggan ditemubual sejurus keluar dari bank berkenaan.

Terdahulu, Mahkamah membenarkan jaminan RM1 juta dikenakan terhadap Najib dengan dua orang penjamin serta beliau perlu menyerahkan pasport diplomatik dan pasport awam.
Selain itu mahkamah juga membenarkan bahawa bayaran itu dibuat secara ansuran iaitu dibayar hari ini dan pada Isnin depan.

Dalam pada itu, Najib meninggalkan perkarangan kompleks mahkamah dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire berwarna putih kira-kira 3.30 petang.
Beliau sebelum itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tiga pertuduhan melakukan pecah amanah jenayah dan rasuah membabitkan wang berjumlah RM42 juta berhubung syarikat SRC International Sdn Bhd.

Najib diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan sekali lagi terhadapnya selepas pertama kali disebut di Mahkamah Sesyen, hari ini.

Sumber: HarianMetro

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post