Timbalan Menteri, Hanipa Maidin bikin gempar pagi tadi bila pengsan masa perhimpunan. Lebih mengejutkan lagi adalah ucapan pertama beliau ketika terjaga dari pengsan di hospital. Allahu rakyat terharu.
Sedar Dari Pengsan, Ucapan Pertama Hanipa Maidin Buat Rakyat Terharu |
ARTIKEL MENARIK: 'Pegawai Akhbar' Syed Saddiq Letak Jawatan, Dakwa Disabotaj
Belum pun sampai 10 jam dimasukkan ke hospital, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Mohamed Hanipa Maidin sudah berasa bosan dan ingin kembali bertugas.
Beliau yang dirawat selepas pengsan pagi tadi pada majlis perhimpunan bulanan JPM, mengakui berasa penat namun meminta kebenaran daripada doktor untuk kembali ke pejabatnya.
Hasratnya itu bagaimanapun tidak dibenarkan oleh doktor.
“Saya okey. Alhamdulillah. Tapi boring gila di hospital. Saya minta kebenaran doktor untuk kembali ke pejabat tapi tak dapat.
“Lesu rasanya. Apa-apapun, terima kasih atas doa anda semua. Hidup Pakatan Harapan,” kata anggota parlimen Sepang itu kepada seorang rakannya melalui mesej WhatsApp.
Mesej itu kemudian dikongsi di Facebook oleh rakannya itu.
Majlis perhimpunan bulanan JPM di Dataran Perdana di Putrajaya pagi tadi dikejutkan dengan insiden Hanipa tiba-tiba pitam semasa berdiri di barisan menteri dan timbalan menteri.
Hanipa terjatuh dari pentas ketika Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedang berucap.
Pemimpin AMANAH itu kemudian dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan lanjut. Pegawai media Hanipa tengah hari tadi bagaimanapun mengesahkan timbalan menteri itu sudah sedar dan dalam keadaan stabil.
Hanipa yang juga merupakan peguam bertanggungjawab dalam undang-undang adalah antara tiga timbalan menteri di JPM yang mengangkat sumpah pada 2 Julai lalu.
Beliau dikenali dengan perwatakannya yang tegas dan lantang di parlimen.
Namun, ini bukan pertama kali Hanipa pengsan ketika sedang bertugas.
Beliau pernah dikejarkan ke hospital selepas pengsan selepas secara tiba-tiba ketika bersidang di Dewan Rakyat pada 4 April 2016.
Hanipa kembali menyertai persidangan Dewan Rakyat enam bulan kemudian setelah terlepas sesi lalu akibat serangan angin ahmar.
Pada pilihan raya umum ke-14, Hanipa yang mewakili Pakatan Harapan mempertahankan kerusi Sepang yang sebelum ini ditandinginya atas tiket PAS dengan mengalahkan calon BN dan PAS. (Sumber: Malaysiakini)
GBT) yang semakin menular dalam negeri ini.
Ini berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Mohd Amar Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan yang telah menggesa kerajaan persekutuan agar mengetepikan isu perkahwinan bawah umur yang dianggap sebagai kes terpencil dan sebaliknya beliau pula meminta agar kerajaan persekutuan memberi perhatian terhadap kes LGBT yang berlaku di negara ini.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan baru-baru ini, Kerajaan Persekutuan melalui Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Hal Ehwal Agama telah menyatakan bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terhadap kelakuan songsang dari golongan LGBT ini, sekiranya mereka mengamalkan perbuatan songsang tersebut secara terbuka.
Sajat, Safiey Ilias
Tambahan pula, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Hal Ehwal Agama, Fuziah Salleh telah menyuarakan hasrat bagi bertemu dengan ahli perniagaan berasaskan kosmetik, Sajat dan Safiey Ilias yang telah mencetuskan keresahan awam apabila tindakan yang dipertontonkan oleh mereka jelas seolah-olah mahu mempromosikan budaya LGBT kepada masyarakat di Malaysia.
Sepatutnya sebagai sebuah kerajaan yang mengamalkan pentadbiran Islam sebagaimana yang sering dilaungkan oleh PAS selama ini, kerajaan Kelantan sepatutnya bertindak lebih proaktif mendahului kerajaan persekutuan dalam usaha menangani dan merawat masalah LGBT ini.
Sudah menjadi rahsia umum, Kelantan juga tidak terlepas dari bahana masalah LGBT ini. Siapa boleh menafikan masalah pondan dan gay yang berleluasa di Kelantan ini sudah semakin parah. Buktinya, sehingga hari ini kerajaan kelantan dilihat gagal menghapuskan kegiatan pelacuran seks songsang yang berlaku di sekitar bandar Kota Bharu Bandar Raya Islam.
Meskipun pelbagai pendedahan tentang kegiatan pelacuran jalanan oleh golongan pondan ini sentiasa dibuat, kerajaan Kelantan dilihat gagal bertindak proaktif dalam menangani dan membasmi masalah LGBT yang sudah sampai ke tahap perdagangan lendir ini dari berlaku di negeri Serambi Mekah ini.
Polis Syariah
Tambah memedihkan mata, apabila kedua-dua tokoh perniagaan kosmetik yang mengalami krisis identiti itu, dengan bangganya menayangkan pasangan cinta mereka berdua yang jelas sama jantina itu, kedua-duanya adalah anak muda dari Kelantan.
Tindakan menconteng arang di muka negeri Serambi Mekah ini, walau ditayangkan secara meluas oleh kedua-dua tauke kosmetik berkenaan di media sosial mereka, dipandang sepi oleh kerajaan PAS Kelantan, tanpa ada walau satu kenyataan menegur tindakan anak muda negeri mereka sendiri, jauh lagi dari melaksanakan sebarang inisiatif bagi menangani masalah LGBT tersebut yang telah berlaku di hadapan tangga rumah negeri yang didakwa telah ditadbir secara Islam.
Di manakah ‘polis syariah’ untuk mencegah dan mengambil tindakan terhadap masalah LGBT yang berlaku di Kelantan ini?
Bukankah PAS Kelantan ada menyatakan bahawa Kelantan akan mewujudkan polis syariah yang pastinya akan melaksanakan kerja amar makruf nahi mungkar itu, sebagaimana yang dijanjikan oleh PAS Kelantan dalam manifesto pada PRU 14 yang lalu?
‘Diperdagangkan di Wechat’
Sebenarnya, kami yakin kerajaan persekutuan sedang merangka pelan tindakan dalam usaha menangani masalah LGBT ini, seperti yang telah dinyatakan oleh Datuk Dr Mujahid sebelum ini.
Pendekatan dakwah bil hikmah dan usaha untuk mendekati golongan ini tidak seharusnya dikecam dan dipertikai.
Bagaimana pula pendekatan kerajaan PAS Kelantan, adakah mereka akan menggerakkan pasukan polis syariah mereka untuk menggempur sarang pelacuran songsang di sekitar Kota Bharu dalam masa terdekat ini?
Atau sebenarnya polis syariah yang dijanjikan oleh PAS Kelantan ini hanya sekadar meniti di bibir sahaja, sehingga akhirnya wal hasil balik asal, masalah pelacuran songsang terus berlaku, bukan sahaja diperdagangkan di jalanan, bahkan semakin moden sehingga berani beriklan di aplikasi sosial seperti Wechat.
Oleh MUHAMMAD ARIFF BASHIRUDDIN MUHAMMAD RUSLI ialah Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Kelantan. (Sumber: Malaysiakini)
Kredit : khalifahmailonline
Post a Comment