“Saya Sudah Bersedia Untuk Mendirikan Rumah Tangga.Jika Ditakdirkan Kami Bertemu Jodoh, Saya Terima," Aidil Aziz Jawab Persoalan Hubungan Dengan Fasha Sandha..

“Saya Sudah Bersedia Untuk Mendirikan Rumah Tangga.Jika Ditakdirkan Kami Bertemu Jodoh, Saya Terima," Aidil Aziz Jawab Persoalan Hubungan Dengan Fasha Sandha..

KUALA LUMPUR: Pelakon Aidil Aziz enggan mengambil peduli kata negatif dilemparkan netizen yang mempersoal hubungan baiknya dengan Fasha Sandha hanya kerana wanita itu adalah ibu tunggal dua cahaya mata lapor Berita Harian.

“Saya Sudah Bersedia Untuk Mendirikan Rumah Tangga.Jika Ditakdirkan Kami Bertemu Jodoh, Saya Terima," Aidil Aziz Jawab Persoalan Hubungan Dengan Fasha Sandha..
“Saya Sudah Bersedia Untuk Mendirikan Rumah Tangga.Jika Ditakdirkan Kami Bertemu Jodoh, Saya Terima," Aidil Aziz Jawab Persoalan Hubungan Dengan Fasha Sandha..


ARTIKEL MENARIK: ‘$ial Punya Jantan-Jantan Ni’ – Respon Win Chef Wan Isu Lelaki 41 Tahun Kahwini Remaja


aidilterima1.transformed.jpg

Enggan menoleh ke belakang, Aidil, 31, yang mula dikenali menerusi drama Saiful Nita berkata, tiada apa yang perlu dipertikai mengenai hubungan mereka, sebaliknya berharap semua pihak mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan Fasha.


"Saya malas ambil peduli kata negatif yang mempertikai hubungan kami. Lebih baik saya memandang hari depan. Doakan yang baik buat kami dan insya-Allah, sampai masa nanti segala persoalan akan terlerai," katanya.

Mengakui selesa berkawan rapat, Aidil menyifatkan Fasha, 34, sebagai wanita yang baik, berfikiran positif dan sentiasa menyuntik kata semangat untuk dia terus menggapai cita-citanya.

Aidil berkata, dia juga sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami jika jodohnya sudah tersurat bersama pelakon itu.



"Pada usia 31 tahun, saya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Justeru, saya kena bekerja keras dan fokus pada kerjaya. Jika ditakdirkan kami bertemu jodoh, saya terima,"katanya.

Pasangan itu mula rapat apabila Aidil membintangi sitkom, Mamu Mami Gosip terbitan FS Creative Sdn Bhd yang dimiliki Fasha.

Gosip percintaan mereka semakin hangat diperkatakan apabila Aidil turut hadir pada majlis pelancaran drama, Syurga Yang Kedua yang dibintangi Fasha, biarpun tidak terbabit dalam naskhah itu.

Teka-teki hubungan mereka mula terlerai apabila Fasha pada minggu lalu mengakui, Aidil adalah lelaki paling rapat dalam hidupnya selepas rakaman video kemesraan mereka di lapangan terbang tular di media sosial.


"Saya tidak mahu meletakkan hubungan kami sebagai bercinta kerana lebih selesa dengan terma berkawan.

"Saya belum bersedia untuk bercakap soal hati dengan lebih lanjut kerana kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang.

"Tetapi apa yang boleh saya katakan, dia adalah lelaki yang rapat dengan saya," katanya yang sudah dua tahun menjalani hidup sebagai ibu tunggal.


Kredit : PenmerahPress
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post