'Saya Kira Rakyat Menyesal Pangkah Harapan'

'Saya Kira Rakyat Menyesal Pangkah Harapan'

Ahli Parlimen Pontian Datuk Ahmad Maslan berpandangan rakyat tentu menyesal mengundi Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu kerana kerajaan akan melaksanakan cukai kepenggunaan sebanyak 6 peratus dan 10 peratus dalam Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berbanding Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

'Saya Kira Rakyat Menyesal Pangkah Harapan'
'Saya Kira Rakyat Menyesal Pangkah Harapan'

Ini kerana, kata Ahmad, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengakui sistem GST merupakan sistem percukaian terbaik ketika menjawab soalan tambah di Dewan Rakyat.

ARTIKEL MENARIK: KJ Lantang Membangkang Dalam Parlimen. Jawapan Padu Tun Mahathir Buat Hadirin Tergamam.


Parlimen: Guan Eng Akui Gst Lebih Telus

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengakui Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) diakui sebagai sistem percukaian yang lebih telus.


Ahli Parlimen Bagan itu bagaimanapun memberitahu, pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September depan dijangka tidak begitu membebankan pengguna berbanding GST.

“Kita tak dapat nafikan kalau sebut mana lebih telus tentu GST lebih telus, ia boleh kutip lebih banyak cukai dengan meluas dan mempunyai kesan ke atas rakyat.



“SST, walaupuan tidak setelus dan se-efisen GST, tetapi kesannya kurang ke atas rakyat. Kita beri tumpuan untuk kurangkan cukai yang kena ke atas mereka,” katanya.

Guan Eng berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan yang meminta Menteri Kewangan menjelaskan cukai mana lebih telus antara SST dan GST. 


Sumber: KiniTV

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post