Pemuda Umno Minta PH Buat Permohonan Maaf Terbuka Jika Tak Dapat Tunai Janji Manifesto

Pemuda Umno Minta PH Buat Permohonan Maaf Terbuka Jika Tak Dapat Tunai Janji Manifesto

KUALA LUMPUR - Pemuda Umno memohon Kerajaan PH untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat sekiranya kerajaan tidak mampu melunaskan kesemua janji dalam manifesto PRU14 lalu.

Pemuda Umno Minta PH Buat Permohonan Maaf Terbuka Jika Tak Dapat Tunai Janji Manifesto
Pemuda Umno Minta PH Buat Permohonan Maaf Terbuka Jika Tak Dapat Tunai Janji Manifesto

Ketua Pemudanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, rakyat memberikan undi atas janji ‘bulan’ dan ‘bintang’ kepada rakyat sebelum ini serta janji mengujakan kepada rakyat.

Menurutnya, kerajaan BN jatuh sebelum ini kerana janji yang begitu didambakan oleh rakyat.

ARTIKEL MENARIK: 'Saya Kira Rakyat Menyesal Pangkah Harapan'


“Kita (Pemuda Umno) seronok jika janji ini boleh ditunaikan... tapi kalau tak kerajaan perlu meminta maaf kepada seluruh rakyat,” katanya dalam sidang media sempena Pelantikan Ketua-ketua dan Naib-naib Ketua Pemuda Umno Negeri Sesi 2018 hingga 2021 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), tadi.

Asyraf mengakui manifesto bukanlah kitab suci Al-Quran, namun manifesto berkenaan merupakan janji kepada rakyat.


“Mana-mana agama meletakkan janji sebagai perkara amat besar dan orang yang tidak menunaikan janji adalah orang yang munafik... dosa besar jadi kena minta maaf. Bukan sekadar minta maaf pada ALLAH tapi pada rakyat juga,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post