Siapa sangka walaupun usia perkahwinannya telah menjangkau 20 tahun namun sebenarnya sepanjang perkahwinannya bersama suami ibarat hidup di dalam neraka.
"Saya Didera Sepanjang 20 Tahun Perkahwinan, Rumahku Nerakaku"- Ziana Zain |
Ziana Zain atau nama sebenarnya Siti Roziana telah di ijab kabulkan pada 9 Mei 1998 bersama pasangannya Armin Zaharin dan kini usia perkahwinan mereka telah mencecah 20 tahun tetapi siapa sangka sebenarnya Ziana terpaksa menelan segala kepahitan sepanjang perkahwinannya.
Ziana mendakwa bahawa hidupnya umpama di dalam neraka semenjak seawal empat bulan selepas perkahwinan dan dia terpaksa menanggung segala penderaan mental yang dilakukan oleh suaminya secara bersendirian.
ARTIKEL MENARIK: (Video) “Astaghfirullahalazim, Umat Akhir Zaman! Apa Nak Jadi Weih? …Berpeluk Sakan Dengan Suami Orang,” – Video Betty Rahmad Dikecam
Ziana yang sememangnya tidak pernah menceritakan hal rumah tangganya kepada media memberitahu bahawa tiada sesiapa yang tahu apa yang terpaksa dilaluinya di dalam rumah tangga kerana sejak dahulu lagi dia telah di ajar oleh ibu bapa agar tidak menceritakan hal rumah tangga kepada orang lain.
'Bagi orang lain rumahku syurgaku tapi tidak bagi saya serta anak-anak yang menganggap rumahku adalah nerakaku, malah selepas selesai kerja pun saya seolah-olah trauma untuk pulang ke rumah, tengok pagar pun dah meraung belum masuk lagi,"katanya sambil menangis.
Ziana sendiri pun tak menyangka bahawa dia akan didera secara mental oleh suaminya sehinggalah usia perkahwinan mereka menginjak ke 20 tahun.
Suaminya sanggup melemparkan kata-kata yang kurang sopan tidak kira di mana sahaja termasuklah di tempat awam mahupun di hadapan keluarga tanpa memikirkan perasaan saya serta nak-anak.
'Bayangkanlah bagaimana keadaan yang terpaksa saya hadapi dan kini tahap kesabaran saya dah maksima malah anak-anak pun sampai tak nak keluar dengan Armin kerana berasa malu jika mereka diherdik dihadapan orang,"katanya lagi.
Kini usia saya pun dah mencecah 50 tahun dan saya pun dah tak mampu untuk menahan penderitaan lagi, cukuplah 20 tahun saya berbakti kepadanya serta cuba untuk memberikan yang terbaik buatnya.
"Jangan cakap saya tak jalankan tanggung jawab saya sedangkan walaupun bekerja sekalipun saya tetap memasak untuknya dan anak-anak tapi cuba dia tanya diri dia sendiri apa tanggungjawab dia terhadap saya serta keluarga," katanya.
Menurut Ziana penderitaan tersebut bukan hanya dia yang merasai malah anak-anaknya turut terkena tempiasnya sehinggakan salah seorang anaknya terpaksa menerima rawatan dan dirujuk ke psikitri selepas mengalami simptom kemurungan sejak seawal usia 14 tahun.
Anak-anak pun dah mula mempersoalkan tindakan Armin dan sampai bila mereka terpaksa menanggung semuanya kerana tindakan Armin itu tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang yang bergelar suami atau bapa.
"Anak-anak sampai beritahu saya, Ma Don't died," katanya yang sebak dengan kata-kata anaknya.
Semenjak suaminya itu tidak berkhidmat dengan Malaysia Airlines (MAS) tiga tahun yang lalu, Armin tidak pernah mempunyai inisiatif untuk mencari pekerjaan bagi menampung perbelanjaan keluarga.
Tetapi sepanjang kehidupan bersama saya sentiasa berusaha untuk mencukupkan keperluan keluarga tanpa pernah mengungkitnya dan saya anggap ini adalah rezeki kami sekeluarga tapi bila dia buat saya macam ini saya tidak akan tunggu lagi.
Sedangkan semuanya saya yang sediakan, Armin hanya duduk rumah hisap rokok dan ambil anak sekolah malah saya sendiri pun tak percaya saya mampu bersabar sampai ke kemuncaknya.
"Saya boleh katakan saya manusia yang paling sabar, kalau orang lain anak pertama pun dah bercerai tapi saya boleh tunggu lagi walaupun dia buat macam ini dengan saya,"katanya.
Sampaikan ibu serta bapa saudara Armin pun tidak sangka saya boleh bersabar dengan Armin hinggakan mak saudara dia pun cakap dengan saya, "kau boleh sabar Rozie? Sabar betul kau Rozie?.
Kalau mak saudara pun sampai cakap macam itu maksudnya apa kata Ziana Kepada media selepas sebutan kes penceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini. - Astro Awani
*Selepas 20 tahun mendirikan rumahtangga, ziana zain kini sah bercerai
Kredit : Saje Share
Post a Comment