Tiada berita yang lebih membahagiakan pasangan suami isteri selain daripada mendapat tahu bakal menimang cahaya mata tidak lama lgi.
(Video) “Astaghfirullahalazim, Umat Akhir Zaman! Apa Nak Jadi Weih? …Berpeluk Sakan Dengan Suami Orang,” – Video Betty Rahmad Dikecam |
Oleh kerana itu, Betty Rahmad pelakon yang juga adik kepada Erma Fatima dan Umie Aida berkongsikan detik pengumuman berita baik itu di media sosial bagi menyatakan kegembiraan mendapat anugerah dari Tuhan.
ARTIKEL MENARIK: 'Tuu diaa peluk bini orang baq hang' - Netizen pertikai Boy Iman upload gambar peluk Ifa Raziah
A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad) on Jul 12, 2018 at 5:12am PDT
Tiga hari lalu, Betty melalui akaun instagram miliknya memuatnik video membuat kejutan kepada suaminya.
Video yang amat menyentuh hati itu jelas menunjukkan kegembiraan yang dirasai oleh suaminya. Sehari kemudian, Betty memutnaik video kedua yang menyaksikan dia mengejutkan ahli keluarganya termasuk ibu, Umie Aida dan Erma Fatima mengeni berita kehamilannya.
Semasa menunjukkan foto imbasan bayi, kelihatan kedua-duanya menjerit kegembiraan.
Dan semalam, video terakhir yang dikongsikan Betty menampilkan pula rakan-rakan baiknya yang memberikan reaksi kepada berita itu. Antara artis yang turut sama hadir dalam video tersebut adalah Nora Danish dan suaminya, Nedim. Namun video itu tidak menggembirakan hati netizen, malah menimbulkan beberapa pertikaian.
A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad) on Jul 14, 2018 at 5:27am PDT
Apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah respon Nedim saat mendapat tahu Betty hamil. Aksi Nedim dan Betty yang berpelukan telah menimbulkan tanda tanya netizen. Menurut netizen, aksi mereka dikatakan agak berlebihan.
Diharapkan kesihatan Betty tidak terganggu dengan komen-komen netizen. Tahniah diucapkan kepada Betty Rahmad dan suami. Semoga dengan kehadiran cahaya mata nanti akan memberikan lebih keberkatan dan kebahagian kepada pasangan ini.
sumber: CARI via LangitKelabu
Post a Comment