Rais: Apa Pentingnya Murid Tukar Kasut Hitam? Takda Hal Ehwal Yg Lebih Penting Lagikah?

Rais: Apa Pentingnya Murid Tukar Kasut Hitam? Takda Hal Ehwal Yg Lebih Penting Lagikah?

Bekas penasihat sosiobudaya kerajaan, Tan Sri Rais Yatim keputusan Kementerian Pelajaran yang membuat peraturan baru bahawa mulai tahun depan murid-murid tidak lagi perlu berkasut putih.

Rais: Apa Pentingnya Murid Tukar Kasut Hitam? Takda Hal Ehwal Yg Lebih Penting Lagikah?
Rais: Apa Pentingnya Murid Tukar Kasut Hitam? Takda Hal Ehwal Yg Lebih Penting Lagikah?

“Apa pentingnya murid seluruh negara tukar kasut warna hitam? Takda hal ehwal yg lebih pentingkah?” soalnya dalam ciapnya di Twitter.

Bagi Rais yang juga adalah bekas menteri, kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) seharusnya memberi tumpuan kepada perkara atau masalah yang lebih mendesak.


ARTIKEL MENARIK: Pemuda Umno Minta PH Buat Permohonan Maaf Terbuka Jika Tak Dapat Tunai Janji Manifesto


“Bukankah soal disiplin sekolah lebih mustahak? Bukan kasut hitam,” katanya.

Secara sinis beliau juga menyindir Menteri Pelajaraan Dr Maszlee Malik yang semalam mengumumkan bahawa mulai penggal 2019 pelajar akan dibenarkan memakai kasut hitam.


“Gudang kasut tentu gembira - 7 juta murid sudah tentu berdepan dengan ekonomi RM350-400 juta,” kata Rais.

Capture.PNG

Semalam, Maszlee dilaporkan berkata keputusan berkenaan dibuat hasil maklum balas yang diterima kementerian daripada ibu bapa.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat kementeriannya selepas menerima banyak aduan daripada ibu bapa mengenai kerumitan yang dihadapi disebabkan penggunaan kasut putih.
"Ramai ibu bapa meminta agar anak-anak mereka tidak lagi menggunakan kasut putih,” katanya.

Sementara itu ciapan Rais itu mendapat sambutan daripada pengguna warga maya yang menyokongnya.



Antaranya, adalah Senator Dr Syed Husin Ali yang juga adalah bekas pemimpin PKR yang berpendapat keputusan itu bakal membebankan golongan miskin.

“Lagi pun tukar kasut ini menjadi beban kepada keluarga miskin. Patut buat kajian mendalam dulu di kalangan ibubapa,” katanya.

Capture%2560.PNG

ARTIKAL TERKINI:



Sumber: Malaysiakini

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post