PUTRAJAYA - Seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) maut selepas tergelincir dari balkoni sebuah bangunan tingkat empat di kampus tersebut kira-kira 11.32 malam di Dengkil, Sepang semalam.
Pelajar Uitm Dengkil Maut Jatuh Tingkat 4 Ketika Bercakap Telefon Sambil Duduk Di Atas Besi Palang Balkoni Menghadap Ke Luar Bangunan.. |
Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, mangsa merupakan pelajar lelaki jurusan sains berusia 18 tahun itu sedang berbual dengan menggunakan telefon bimbit di atas palang besi balkoni menghadap ke luar bangunan tersebut.
ARTIKEL MENARIK: Bunuh & Sumbat Bayi Dalam Peti Ais, Pengasuh Bebas Dengan Jaminan RM18,000
“Siasatan awal mendapati mangsa bersama kawannya sedang bersembang di balkoni bilik asrama.
“Menurut rakannya yang juga saksi kejadian, mangsa sedang bercakap telefon sambil duduk di atas besi palang balkoni menghadap ke luar bangunan.
“Tiba-tiba mangsa tergelincir dari besi yang diduduki lalu jatuh ke bawah bangunan yang mempunyai ketinggian empat tingkat,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp di sini hari ini.
Aziz berkata, tiada terkesan sebarang unsur jenayah dalam kejadian tersebut dan mangsa telah dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.
“Kes disiasat bawah mati mengejut dan siasatan masih diteruskan,” ujar beliau
Kredit : PenmerahPress
Post a Comment