Bunuh & Sumbat Bayi Dalam Peti Ais, Pengasuh Bebas Dengan Jaminan RM18,000

Bunuh & Sumbat Bayi Dalam Peti Ais, Pengasuh Bebas Dengan Jaminan RM18,000

Pengasuh kepada bayi lima bulan Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif yang mayatnya ditemukan di dalam bahagian sejuk beku peti ais, dihadapkan di Mahkamah Sesyen Selayang di Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menganiaya bayi itu sehingga menyebabkan kecederaan di kepala dan melupuskan mayat mangsa dengan menyembunyikan kematiannya.

Bunuh & Sumbat Bayi Dalam Peti Ais, Pengasuh Bebas Dengan Jaminan RM18,000
Bunuh & Sumbat Bayi Dalam Peti Ais, Pengasuh Bebas Dengan Jaminan RM18,000
Noor Aqilah Abd Rahman, 33, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap bayi itu telah menganiaya mangsa sehingga menyebabkan kecederaan di kepala, mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

ARTIKEL MENARIK: Laung Allahuakbar Sebelum Dirempuh Treler


Wanita itu juga didakwa telah melupuskan mayat Adam Rayqal dengan niat untuk menyembunyikan kematian supaya dia terlepas daripada hukuman, mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh yang sebelum ini bekerja sebagai tukang masak di rumah sewanya, di Jalan Nakhoda Kiri 3, Batu Caves di Kuala Lumpur antara 6.20 petang dan 6.50 petang, 3 Julai 2018.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam M. Dinesh dan Mohd Redzuan Mohamed Yusoff memohon jaminan minimum dengan alasan tertuduh menanggung kedua-dua ibu bapa yang menghidap pelbagai penyakit antaranya darah tinggi, gout dan sakit jantung.


"Pihak pembelaan juga memohon jaminan minimum atas faktor ekonomi keluarga tertuduh. Kedua-dua ibu bapa tertuduh tidak bekerja dan semua ibu bapa yang menghantar anak mereka kepada tertuduh kini menghantar anak mereka kepada orang lain sejak tertuduh ditahan reman.


"Tertuduh sebelum ini bekerja sebagai tukang masak bagaimanapun berhenti kerja dan mula memberi fokus sepenuh masa menjaga anak asuhan. Tertuduh yang masih bujang juga mempunyai seorang anak angkat berusia tiga tahun yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU). Dia menjaga bayi itu sejak bayi berkenaan berusia dua bulan. Sekarang anak angkatnya di bawah jagaan orang lain," kata Mohd Redzuan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya M. Arunjothi tidak menawarkan sebarang jaminan walaupun kes berkenaan boleh diikat jamin dengan alasan kes itu melibatkan kepentingan awam dan menarik perhatian orang ramai.

“Namun, pihak pendakwaan menyerahkan kepada budi bicara mahkamah dan sekiranya mahkamah ingin memberikan jaminan, pihak pendakwaan mencadangkan jaminan tinggi dengan syarat tambahan melapor diri di balai polis terdekat dan tidak mengganggu saksi sehingga kes selesai," katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM18,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berdekatan dua kali sebulan dan tidak menganggu saksi.

Mahkamah menetapkan 13 Ogos untuk sebutan semula kes.

Pada 3 Julai lepas, Adam Rayqal dilaporkan hilang dari rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves di sini sebelum mayatnya ditemukan oleh anggota polis di dalam bahagian sejuk beku peti ais di rumah sama lewat malam hari kejadian.

Susulan itu, tertuduh dan seorang rakannya ditahan pada hari sama. Bagaimanapun wanita itu dibebas dengan jaminan polis.

Hasil bedah siasat pakar forensik Hospital Kuala Lumpur mendapati punca kematian Adam Rayqal adalah akibat pendarahan dalaman di bahagian otak dengan kesan retak di bahagian tempurung kepala.

ARTIKAL BERKAITAN :



- Bernama

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post