Patutlah YB Khairy Jamaluddin Tak Dapat Gelaran Dato’ Sampai Sekarang. Rupa-rupanya Dia…

Patutlah YB Khairy Jamaluddin Tak Dapat Gelaran Dato’ Sampai Sekarang. Rupa-rupanya Dia…

Jika dilihat dari realiti rakyat Malaysia sekarang majoritinya mengejar pangkat dan darjat tidak kira dari orang biasa, golongan ahli politik, ahli perniagaan, ahli akademik, artis, mahupun lain-lain bidang di Malaysia ini.

Patutlah YB Khairy Jamaluddin Tak Dapat Gelaran Dato’ Sampai Sekarang. Rupa-rupanya Dia…
Patutlah YB Khairy Jamaluddin Tak Dapat Gelaran Dato’ Sampai Sekarang. Rupa-rupanya Dia…
Mungkin mereka beranggapan dengan gelaran itu dia boleh mendapat banyak pengaruh atau nama baik namun segala anggapan atau tanggapan itu mungkin tidak ada dalam kamus hidup seorang Menteri ini.

Menteri yang dimaksudkan itu adalah Menteri Belia dan Sukan iaitu Encik Khairy Jamaluddin. Beliau mengakui kurang selesa apabila diberikan gelaran dan pingat Datuk atas kapasitinya sebagai Ketua Pemuda UMNO, Menteri Belia dan Sukan serta Ahli Parlimen Rembau.

ARTIKEL MENARIK: 6 produk ikan sardin dalam tin ditarik balik, disyaki mengandungi cacing





Jelasnya, darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk akan ditolaknya selagi masih berkecimpung dalam arena politik.

Khairy berkata tiada pencapaian membanggakan melayakkannya bergelar Datuk walaupun sudah empat tahun menganggotai jemaah menteri.

Menurutnya, dia lebih selesa berkhidmat untuk rakyat dan melibatkan diri dalam kancah politik tanpa sebarang gelaran, selain merasakan dirinya belum pun ‘layak’ untuk menerima apa-apa gelaran.

“Kalau boleh, selagi saya dalam politik dan berkhidmat, lebih baik saya berkhidmat tanpa sebarang gelaran…Saya Menteri Belia dan Sukan, ketua pemuda, saya kekok bila ada gelaran..,” katanya dalam satu wawancara bersama Harian Metro.

Khairy turut merasakan dia masih terlalu muda untuk menerima gelaran Datuk memandangkan sumbangannya terhadap negara masih belum mencukupi.


“Ia terlalu istimewa, saya melihat penerimanya mestilah seorang yang layak untuk menerima dan diri saya masih tidak layak.


“Sebab saya berumur 40 tahun, baru bermula kerjaya sebagai seorang menteri selama tiga tahun dan saya tidak anggap apa yang dibuat selama tiga tahun ini atau ahli Parlimen biasa melayakkan diri saya untuk memegang gelaran Datuk,”, katanya.

Tambahnya lagi, Khairy merasakan budaya mengejar gelaran ini bukanlah satu perkara yang baik untuk dijadikan contoh buat generasi muda.

“Saya melihat ramai yang kejar gelaran yang mana saya rasa terlalu muda tidak buat apa-apa dalam kerjaya mereka yang melayakkan mereka memegang gelaran datuk.

“Sudah jadi budaya kejar gelaran, bagi saya benda ini bukan sesuatu perkara yang baik untuk kita sampaikan kepada generasi muda,” ujarnya.

Atas rasa rendah diri, gelaran Datuk itu terpaksa ditolaknya walaupun pernah disenaraikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak empat tahun lalu.

“Bagi saya, selagi saya berkhidmat lebih baiklah saya berkhidmat tanpa apa-apa gelaran.”


Akhirnya segala persoalan yang bermain difikiran kita selama ini sudah terjawab. Jika dilihat semua Menteri di Malaysia ini sekurang-kurangnya ada gelaran Dato’ Seri tetapi tidak bagi Khairy sebagai Menteri dan Sukan.

Sumber: https://www.blogammar.com

Sumber : Wartawan FB

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post