Akibat Curang, Isteri Potong Dan Campak Kemaluan Suami

Akibat Curang, Isteri Potong Dan Campak Kemaluan Suami

ISTERI yang berang selepas mengetahui suaminya curang dengan wanita lain bertindak memotong kemaluan lelaki itu dengan pisau sebelum membuang organ berkenaan ke luar tingkap.

Akibat Curang, Isteri Potong Dan Campak Kemaluan Suami
Akibat Curang, Isteri Potong Dan Campak Kemaluan Suami
Karuna Sanusan, 24, memberitahu polis dia mengejutkan suaminya, Siripan, 40, sebelum melancarkan serangan itu di rumah mereka di Sriracha berhampiran Bangkok, pagi ini.

Wanita itu kemudian mencampak kemaluan suaminya itu keluar tingkap.

Jiran yang mendengar Siripan menjerit kesakitan segera menghubungi polis yang tiba di kediaman itu pada jam 6.20 pagi (waktu tempatan).

ARTIKEL MENARIK: Jamal kena cekup di Indonesia


Polis mengambil kemaluan lelaki itu yang dipotong dan diletakkan di dalam ais tetapi malangnya doktor memberitahu organ itu mungkin tidak dapat disambung semula.


Karuna yang berasal dari Kemboja memberitahu polis dia merancang serangan itu kerana terlalu marah selepas mendapati suaminya curang dan menjalinkan hubungan dengan ramai wanita.



“Kami bersama-sama menjual sayuran organik dan saya mula mengesyaki suami saya curang apabila melihat sering bermesra dengan ramai wanita,” katanya.

Sementara, jurucakap polis, Somkid Boonlert berkata, kemaluan lelaki itu tidak dapat disambung semula kerana selnya sudah mati akibat terlalu lama terpisah daripada badan.

“Kemaluan lelaki itu mungkin tidak berfungsi seperti biasa dan mangsa mungkin cacat seumur hidupnya,” jelasnya.

Menurutnya, Karuna bakal didakwa atas tuduhan jenayah dan wanita itu juga dihalang daripada bertemu suaminya.

Kredit : Wartawan FB

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post