Bila Najib kena tangkap SPRM je, ini tindakan Rosmah buat ramai tak sangka.
Najib Kena Tangkap. Ini Tindakan Rosmah Buat Ramai Tak Sangka |
Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat meninggalkan kediaman mereka di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur hanya beberapa minit selepas tengah malam tadi.
Beliau menaiki kenderaan SUV putih dan diekori sebuah lagi kenderaan SUV berwarna hitam.
ARTIKEL MENARIK: Tarikh 3 Julai Sejarah Untuk Malaysia
Malaysiakini difahamkan Rosmah bermalam di rumah anak perempuannya Nooryana Najwa Najib.
Sebelum ini, kumpulan peguam yang mewakili Najib dan Rosmah dilihat memasuki dan meninggalkan kediaman tersebut.
Peguam kanan Tan Sri Shafee Abdullah muncul di kediaman di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur beberapa jam selepas penahanan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kira-kira pukul 9.30 malam tadi, kenderaan SUV hitam yang didaftarkan di bawah nama Shafee dilihat memasuki kawasan kediaman Najib.
Shafee turut berada di ibu pejabat SPRM sekitar 8.40 malam tadi, lapor Kosmo.
Bekas perdana menteri itu ditahan oleh SPRM petang tadi berhubung siasatan ke atas SRC International Sdn Bhd dan akan didakwa di mahkamah esok.
Terdahulu, kenderaan adik kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Datuk Nizam Razak, turut dilihat memasuki kawasan kediaman berkenaan.
Nizam kemudian dilihat meninggalkan kediaman itu sekitar 10.30 malam. (Sumber: Malaysiakini)
NAJIB – SAYA BERSYUKUR KERANA DIUJI
Selepas menjalani dua siri soal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kemudian membawa kepada penahanannya oleh agensi itu petang tadi, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tetap bersyukur dengan ujian yang dihadapinya.
Melalui pesanan suara yang diiringi klip video yang disiarkan di Facebooknya, Najib berkata beliau tetap bersyukur kerana menurutnya tidak semua orang berpeluang menjalani dugaan dunia.
“Saya terima bahawa hari ini hari saya dan keluarga menjalani dugaan dunia, saya tetap bersyukur kerana tidak semua orang berpeluang menjalani dugaan dunia.
“Kita semua tahu bahawa dugaan di akhirat adalah jauh lebih perit. Saya akan hadapi dengan tabah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Maha Mengasihani, dan Maha Penyayang,” katanya.
Mesej berdurasi lebih dua minit yang dipercayai dirakam sebelum penahanan anggota parlimen Pekan itu, antara lain disertai paparan gambar-gambarnya beramah mesra dengan rakyat ketika menjadi perdana menteri.
“Rakyat Malaysia yang dikasihi sekiranya saudara-saudari mendengar mesej ini, bermakna tindakan sudah pun mula diambil ke atas saya. Saya ingin memohon ampun dan maaf kepada rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia berhak mendapat pimpinan terbaik.
“Saya sudah lakukan sedaya upaya saya. Namun saya sedar ia tidak mencukupi. Kerana saya akui ada banyak kelemahan tapi saya juga ingin menyuarakan suara hati saya kepada rakyat Malaysia yang sangat saya kasihi,” katanya.
Tambah Najib, beliau juga mengakui kelemahannya sebagai manusia biasa, namun mendakwa “tidak semua tuduhan” yang dilempar ke atasnya dan keluarganya benar.
“Memang rumah kami digeledah selama berhari-hari, memang saya disiasat dan ada barang yang dirampas, namun semua ini belum konklusif. Ada banyak berita, gambar yang tersebar bersifat khabar angin, palsu putar belit dan fitnah. Biarlah siasatan dijalankan.
“Saya belum berpeluang untuk mempertahankan diri saya. Ya saya sudah tewas dan saya akur keputusan rakyat. Dan saya sedar kekalahan ini juga bermakna saya terdedah kepada lebih banyak tohmahan yang dahsyat,” katanya.
Bekas presiden Umno itu juga sempat mengingatkan bahawa semua orang sama di sisi undang-undang, baik di dunia, mahu pun di akhirat.
“Tiada sesiapa yang akan terlepas termasuklah sang penguasa di dalam kerajaan hari ini, dan mereka yang menyebar khabar angin dan mengaibkan orang lain,” katanya.
Najib dibawa SPRM dari rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur ke ibu pejabat SPRM petang tadi dan dijangka akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur Esok. (Sumber: Malaysiakini)
Kredit : khalifahmailonline
Post a Comment