Top Ad 728x90

Wednesday, 4 July 2018

Disorok Dalam Peti Sejuk. Ini Luahan Terkini Ibu Bayi Buat Ramai SAYU

loading...

Malaysia digemparkan dengan penemuan mayat bayi dalam peti sejuk di rumah pengasuh. Ini luahan terkini ibu bayi buat ramai sayu. Allahu sedih sekali. Semoga tabah.

Disorok Dalam Peti Sejuk. Ini Luahan Terkini Ibu Bayi Buat Ramai SAYU
Disorok Dalam Peti Sejuk. Ini Luahan Terkini Ibu Bayi Buat Ramai SAYU
LUAHAN IBU MANGSA YANG BUAT RAMAI SAYU

Adam sayang.. Sejuk ya dalam peti tu. Xpe sayang nanti masuk syurga semua indah-indah yang Adam dapat.

Ingat pesan mama jaga diri kat sana. Nanti mama papa datang ye sayang kita mandi buih lagi.

ARTIKEL MENARIK: Najib Kena Tangkap. Ini Tindakan Rosmah Buat Ramai Tak Sangka


Innalillahiwainnalilahirajium.
Terima kasih kepada kawan-kawan, saudara mara dan rakyat Malaysia semua kerana berusaha cari Adam dan doa baik-baik untuk Adam.
Adam Rayqal Bin Mohd Sufi Naeif
9/2/2018-3/7/2018
Sumber: FB Farah Madi


MAYAT BAYI DITEMUI DALAM PETI SEJUK PENGASUH

BAYI lelaki Adam Rayqal Mohd Sufi, lima bulan, ditemui sudah meninggal dunia di rumah pengasuhnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves, Gombak.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mayat Adam Rayqal ditemui kira-kira jam 11 malam tadi dan disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu oleh Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak yang semasa membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.
Katanya, mayat bayi berkenaan ditemui lengkap dengan pakaian namun berbalut kain napkin dan disumbat dalam beg berwarna hijau.
“Mayat Adam Rayqal ini ditemui selepas siasatan polis mendapati terdapat keraguan dalam keterangan pengasuhnya.
“Polis kemudian membawa pengasuh berkenaan ke rumahnya sebelum ditunjukkan lokasi mayat bayi itu disimpan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Nakhoda.
Menurut Ali, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis menahan dua suspek iaitu pengasuh yang berusia 33 tahun serta rakan serumahnya yang berusia 36 tahun.
“Mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” katanya
Sebelum ini, media melaporkan kehilangan bayi berkenaan dipercayai dilarikan individu tidak dikenali dari rumah pengasuhnya, petang semalam.
Bapa bayi itu, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28, turut memuat naik gambar Adam di laman sosial miliknya meminta orang awam membantu mengesan anaknya itu. (Sumber: Harian Metro)
Kredit :
-----------------------------------------------------------------
loading...

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90