*video sekadar hiasan baca artikel penuh dibawah
Najib bengang surat minta bantuan dari Amerika di dedahkan secara umum |
KUALA LUMPUR: Surat ditulis agensi perisikan negara kepada Agensi Risikan Pusat (CIA) tidak sepatutnya didedahkan oleh mana-mana pihak kerana ia adalah rahsia kerajaan.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pendedahan surat itu tidak sepatutnya berlaku kerana bertentangan dengan dasar kerajaan berhubung kerahsiaan, khususnya membabitkan maklumat risikan.
Katanya, kerajaan serta Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) yang didakwa menulis surat memohon sokongan badan perisik Amerika Syarikat (AS) itu, tidak perlu mengulas mengenai kebocoran maklumat berkenaan kerana ia bukan tindakan yang betul.
ARTIKEL MENARIK: Zahid Kata KJ Tolak 3 Tawaran Jawatan. Ini Jawapan Balas KJ Buat Ahli Umno KOMPIUS
“Surat ini dikatakan dibuat oleh badan perisik kita. Bukan dasar kita nak mendedahkan surat itu kerana ini rahsia kerajaan.
“Kalau kita dedahkan, maknanya tak ada apalah yang boleh kita anggap sebagai rahsia dalam negara.
“Secara dasarnya, kita tidak sepatutnya mengulas mengenai kebocoran seperti ini kerana ia adalah amalan yang sangat buruk,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas persoalan dibangkitkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, sama ada wujud surat seperti itu ditulis kepada negara lain.
Guan Eng turut menggesa siasatan menyeluruh dilaksanakan berhubung surat terbabit kerana menyentuh kedaulatan negara.
Sebelum ini, tersebar sepucuk surat didakwa daripada MEIO yang beroperasi di sebalik Bahagian Penyelidikan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), memohon sokongan CIA menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu.
Surat tiga halaman bertarikh 4 Mei itu, ditandatangani Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan JPM, Datuk Hasanah Ab Hamid, diutuskan kepada Gina Haspel selaku Pengarah CIA (Lantikan).
Najib sekali lagi menegaskan tidak mengetahui sama ada surat itu benar-benar wujud atau sebaliknya kerana ia tidak melalui kelulusannya atau mana-mana kementerian, sebaliknya antara agensi.
“Benar atau tidak mereka menulis surat itu, kena tanya agensi berkenaan, bukan saya. Saya tidak boleh sah atau nafikan kerana saya tidak tahu.
“Apa pun, ia sudah terlewat kerana surat itu dikatakan ditulis ketika tempoh berkempen, dan ia tidak memberi kesan kepada keputusan pilihan raya,” katanya.
Siasat surat mohon sokongan CIA – Guan Eng
KUALA LUMPUR: Siasatan menyeluruh perlu dibuat terhadap dakwaan agensi perisikan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengutus surat kepada Agensi Risikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN).
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata penyebaran surat terbabit menyentuh kedaulatan negara dan menimbulkan pelbagai persoalan yang tidak terjawab sehingga hari ini.
Katanya, antara kemusykilannya ialah sama ada surat memohon sokongan agensi perisikan AS menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu turut dihantar kepada beberapa negara lain.
“Perutusan surat ini seakan-akan mengundang campur tangan negara asing berkaitan hal ehwal dalam negara.
“Macam mana surat ini boleh dikeluarkan, atas arahan siapa dan bolehkah seorang pegawai menulis dan mengutus surat sedemikian tanpa arahan pihak atasan.
“Ini perlu disiasat dengan teliti kerana menyentuh kedaulatan negara dan kita tertanya-tanya sama ada surat itu turut dihantar kepada negara lain,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Guan Eng berkata, jika surat itu benar, ia menunjukkan belang BN yang sebelum ini kerap menuduh Pakatan Harapan (PH) cuba mendapatkan bantuan asing.
“Kita tak mahu jadi seperti kes 1MDB (1Malaysia Development Berhad), asalnya semua tak mengaku terima wang, tetapi sekarang dibongkarkan mereka terima wang daripada syarikat itu,” katanya.
Sebelum ini, tersebar luas surat oleh Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) yang beroperasi di sebalik Bahagian Penyelidikan JPM memohon sokongan CIA menjelang PRU-14 pada 9 Mei lalu.
Surat tiga halaman bertarikh 4 Mei itu, ditandatangani Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan JPM, Datuk Hasanah Ab Hamid, diutuskan kepada Gina Haspel selaku Pengarah CIA (Lantikan) ketika itu.
Dalam surat itu, MEIO antara lain meminta AS terus menyokong pentadbiran Najib jika BN menang mudah atau hanya meraih majoriti satu kerusi dalam PRU-14, selain menggambarkan bekas Perdana Menteri itu sebagai progresif dan mesra AS serta akan terus menyokong kehadiran negara itu di rantau ini.
Najib sebelum ini mendakwa tidak pernah mengarahkan MEIO menulis surat berkenaan serta tidak tahu menahu mengenainya kerana badan perisikan itu memiliki kuasa autonomi tersendiri untuk menjalankan tanggungjawabnya.
SUMBER
Post a Comment