Pelakon dan penyanyi Datuk Awie mengakui kehidupannya kini lebih tenang dan tidak terlalui mengikut emosi.
“Kalau Dulu Saya Cuba Elakkan Erra Fazira, Tapi Sekarang …” – Awie |
ARTIKEL MENARIK: “Masa Kecil Kenapa Tak Nak Mam…??”- Izzue Islam Buat Laporan Polis
“Pengalamanlah yang banyak mendewasakan saya sebenarnya, kalau dahulu saya mudah marah dan melenting sekarang situasi tak sama lagi.
“Saya lebih banyak melepak bersama keluarga berbanding keluar rumah.
“Malah, saya lebih terbuka. Tak ada guna untuk kita saling membenci satu sama lain kerana industri ini kecil sahaja.
“Contohnya Erra Fazira, kalau dahulu saya cuba elakkan diri daripadanya, sekarang kami berkawan baik sebab banyak tawaran kerja yang mahukan kami bersama,” katanya.
Awie yang ditemui pada majlis pelancaran filem Hantu Kak Limah di WOWKL, Kuala Lumpur baru-baru ini bakal menyaksikan gandingan sekali lagi bersama primadona Melayu itu untuk naskhah terbabit.
Awie yang mendukung peranan Husin akan ‘didampingi’ oleh Erra dalam beberapa babak dalam filem Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid itu.
Selain Awie, filem trilogi itu akan membariskan pelakon handalan antaranya Dalimawati, Uqasha Senrose, Pekin Ibrahim, Jue Aziz dan penampilan khas Datuk Seri Vida.
Hantu Kak Limah bakal ditayangkan pada 9 Ogos 2018.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @awieofficial, Malaysia Kini
Sumber: Gempak
Foto: @awieofficial, Malaysia Kini
Sumber: Gempak
Post a Comment