“Masa Kecil Kenapa Tak Nak Mam…??”- Izzue Islam Buat Laporan Polis

“Masa Kecil Kenapa Tak Nak Mam…??”- Izzue Islam Buat Laporan Polis

Penyanyi dan pelakon, Izzue Islam membuat laporan polis berhubung kes penipuan yang melibatkan akaun palsu Facebook yang menggunakan nama dan wajahnya.

“Masa Kecil Kenapa Tak Nak Mam…??”- Izzue Islam Buat Laporan Polis
“Masa Kecil Kenapa Tak Nak Mam…??”- Izzue Islam Buat Laporan Polis
Berita itu dikongsikan menerusi akaun Instagram (IG) miliknya semalam yang membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh, Selangor.

Izzue turut menyarankan kepada pihak yang mengalami kerugian dan turut tertipu dari akaun palsu itu juga membuat laporan polis.

Ahli kumpulan Forteen itu juga menasihatkan kepada pengguna laman sosial jangan cepat terpedaya dengan akaun palsu terutama yang melibatkan wang dan maruah.

ARTIKEL MENARIK: ‘Biar Malaysia Tak Sampai Sana, Janji Agama Kita Sampai’- Shaheizy Sam Dikecam Kerana Bertindik


Izzue juga berang mengapa ada individu yang sanggup menipu dan memperdayakan orang lain untuk mendapatkan wang.
Izzue kini menjual produk kosmetik iaitu bernama Lookalike.

Foto: IG Izzue Islam

Sumber: Gempak

Terdahulu

Izzue Islam Terkejut Dituduh Menipu Jual Telekung, Peminat Rugi RM6,000



Penyanyi dan pelakon, Izzue Islam terkejut apabila dituduh menipu duit peminat yang mendakwa telah membeli telekung daripadanya sejak Ramadan lalu.

Izzue Islam berkata lebih mengejutkan lagi peminat itu semua berasal dari Indonesia dan mendakwa telah kerugian sehingga lebih 20 juta rupiah (RM6,000).

“Saya terkejut apabila seorang demi seorang datang kepada saya dan mula ‘direct message’ di akaun Instagram (IG) untuk menuntut telekung yang telah dibeli daripada saya.
Apa yang peliknya, mereka semua berasal dari Indonesia.

Sehingga ada yang sanggup merayu meminta saya pulangkan duit mereka kerana sudah rugi sehingga 20 juta rupiah.

Setelah disiasat, mereka membuat pembelian di akaun facebook (fb) palsu yang menggunakan nama Lizzue Izzue islam.

Saya nak jelaskan disini saya tidak pernah berniaga atau menjual telekung seperti yang didakwa,” katanya kepada Astro Gempak.

Izzue menerusi IG story mendedahkan mesej yang dihantar oleh pihak yang menuntut telekung dan ada juga mahu wang mereka dikembalikan.

Bagaimanapun, Izzue tidak akan berdiam diri dan bakal membuat laporan polis demi membersih namanya.

Saya dituduh menipu dan mereka sudah mula tidak mempercayai saya, malah mahu membuat laporan polis di Indonesia mengenai kes ini.

Saya sudah meminta detail pembayaran mereka, malah saya sudah dapat nama dan nombor kad pengenalan individu yang menipu menggunakan nama saya.



Saya akan membuat laporan polis supaya ramai lagi tidak tertipu, katanya lagi.
Izzue kini menjual produk kosmetik iaitu bernama Lookalike.










Teks oleh: Syafiqah Jalal

Sumber: Gempak

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post