KUALA TERENGGANU - Jenazah bayi lima bulan Adam Rayqal Mohd. Sufi yang ditemui mati di dalam peti ais rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves, Selangor semalam selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Ladang di sini sebentar tadi.
Jenazah Adam Rayqal Selamat Dikebumikan Di Tanah Perkuburan Islam Ladang |
Seramai hampir 1,000 orang termasuk ibu bapa, ahli keluarga dan sanak saudara menghadiri upacara pengebumian berkenaan.
ARTIKEL MENARIK: Ini Punca Sebenar Pelajar Perempuan Bertudung Bawa Anjing Jalan-jalan - UPM
Terdahulu jenazah Adam Rayqal selamat tiba di kediaman keluarga bapanya di Taman Chendering Utama di sini pada pukul 9.25 malam.
Turut menziarahi jenazah di kediaman tersebut ialah Menteri Besar Terengganu, Dr. Samsuri Mokhtar.
Solat jenazah bayi itu kemudiannya disolatkan Imam Shafiq Haqimi Ambak bersama lebih 1,000 jemaah di Masjid Al-Muktafibillah Shah, Ladang di sini.
Adam Rayqal ditemui mati di dalam peti ais di rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves, Selangor pada pukul 11 malam semalam.
Sebelum itu, Adam Rayqal dilaporkan hilang setelah pengasuhnya berusia 32 tahun mendakwa telah diambil oleh seorang lelaki pada pukul 6.30 petang.
Begitupun, sepasukan polis yang mencurigai kenyataan pengasuh terbabit telah melakukan pemeriksaan di dalam rumah wanita itu dan menemui mayat bayi tersebut di dalam beg pakaian berwarna hijau yang disumbat di bahagian sejuk beku peti ais - Kosmo Online
ARTIKAL BERKAITAN :
Kredit : Wartawan FB
Post a Comment