SERDANG: Universiti Putra Malaysia (UPM) menjelaskan tiga wanita Islam membawa anjing yang tular melalui sebuah klip video kelmarin merupakan pelajar dari Fakulti Perubatan Veterinar (FPV).
Ini Punca Sebenar Pelajar Perempuan Bertudung Bawa Anjing Jalan-jalan - UPM |
Menurutnya, dalam pengajian itu, pelajar yang beragama Islam tidak terkecuali untuk mengendalikan pelbagai spesis haiwan termasuk anjing dan babi.
ARTIKEL MENARIK: Lepas Balik Rumah. Ini Tindakan Najib Lepas Maghrib Buat Ramai Suspen
"(Dalam pengajian ini) ia melibatkan semua spesis haiwan samada yang kecil atau besar seperti kucing, anjing, babi, burung, ayam, lembu, rusa, ikan, gajah dan lain-lain haiwan.
"Keperluan ini adalah merupakan syarat bergraduat program DPV yang dikawal oleh Majlis Veterinar Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kelmarin rakaman video berdurasi 34 saat menjadi tular yang mendakwa tiga wanita bertudung membawa anjing bersiar-siar di tempat awam.
Pelajar-pelajar tersebut sedang menjalani latihan praktikal luar kampus selama seminggu mulai 2 Julai hingga 8 Julai di PAWS Animal Welfare Society, Subang Selangor.
Namun katanya, pihak universiti sentiasa memastikan kebajikan para pelajar terpelihara termasuk menyediakan kemudahan menyamak setiap kali selesai sesi latihan.
Dalam pada itu, Nor Kamariah menegaskan video tersebut bukan menggambarkan secara keseluruhan dakwaan orang ramai mengenai isu menyentuh anjing oleh orang Islam yang ditularkan.
Mengulas lanjut, Nor Kamariah berkata latihan praktikal luar kampus merupakan sebahagian daripada syarat keperluan pengajaran dan pembelajaran program DPV.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, individu yang memuatnaik video tersebut dikecam netizen selepas fakta sebenar berkaitan dakwaan itu didedahkan.
Kredit : Wartawan FB
Post a Comment