Isu Bahasa. Ini Teguran Rais Yatim Buat Peguam Negara Buat Ramai Setuju

Isu Bahasa. Ini Teguran Rais Yatim Buat Peguam Negara Buat Ramai Setuju

Isu bahasa dimainkan oleh pembangkang ketika Najib di mahkamah hari tu. Ekoran itu, ini teguran mengejutkan Rais Yatim buat Peguam Negara buat ramai setuju.

Isu Bahasa. Ini Teguran Rais Yatim Buat Peguam Negara Buat Ramai Setuju
Isu Bahasa. Ini Teguran Rais Yatim Buat Peguam Negara Buat Ramai Setuju
KENA MULA BELAJAR BAHASA MELAYU SECARA INTENSIF

ARTIKEL MENARIK: Ayah Sanggup Tanggung Derita Semata-mata Untuk Kebahagian Rakyat Yang Disayangi - Nazifuddin Najib


Bekas penasihat sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Rais Yatim menegur Peguam Negara (AG) Tommy Thomas supaya belajar dan bertutur dalam bahasa Melayu dalam urusan melibatkan kerajaan dan mahkamah.
Katanya, perkara itu perlu berdasarkan peruntukan Perkara 152(1)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan keperluan menggunakan bahasa Melayu semasa melaksanakan urusan rasmi kerajaan.
“Dalam hal yang demikian AG perlulah berbahasa Melayu. Bukan susah, kalau boleh belajar bahasa Inggeris kenapa tak boleh belajar bahasa Melayu?
“Bukan semua hujah di mahkamah tak dibenarkan berbahasa Inggeris tapi dalam mukadimah, (pembukaan) tirai pentas mestilah dibuat dalam bahasa Melayu. Ini tak dibuat (oleh Thomas) dan saya kesal,” katanya kepada Malaysiakini semalam.
Rais berkata demikian sebagai mengulas kekecohan yang berlaku selepas Datuk Seri Najib Razak selesai didakwa di mahkamah Kuala Lumpur 4 Julai lalu.
Sidang media itu diadakan selepas bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa dengan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dan satu tuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM42 juta di mahkamah sesyen dan dibacakan terhadapnya sekali lagi di mahkamah tinggi.
Bagaimanapun keadaan menjadi kecoh apabila Thomas mahu memulakan sidang media tersebut.
Penyokong Najib mula bersorak mendesak AG berbahasa Melayu semasa bercakap kepada wartawan. Mereka juga menjerit marah kerana sebelum itu Thomas membuat permohonan kepada hakim agar memberi kebenaran kepada pihaknya berhujah dalam bahasa Inggeris.


Bahasa Kebangsaan Memadai
Insiden itu juga mengecewakan wartawan kerana mengganggu mereka menjalankan tugas membuat laporan mengenai kes berkenaan.
Menurut Rais, Thomas wajar menerima pandangannya tersebut dengan hati terbuka.
“Saya harap AG tak berkecil hati apabila saya sarankan secara umum, gunakanlah sedikit bahasa kebangsaan dalam fasal-fasal utama dan awalan untuk urusan mahkamah,” katanya.
Rais yang memiliki ijazah doktor falsafah dalam hal perundangan turut berkata, apabila menghadiri perbicaraan sebelum ini beliau tetap berhujah menggunakan bahasa Melayu walaupun hakim mengizinkan ia dijalankan dalam bahasa Inggeris.
Sebagai pencinta bahasa Melayu, Rais berkata, pemimpin dan pegawai kanan kerajaan di negara ini harus sedar bahawa bahasa berkenaan boleh menjadi pengukuh kesatuan di kalangan masyarakat dan negara.
“Takkan kita nak jadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi. Apabila ini berlaku, apabila pemimpin tak kisah nak bercakap bahasa Melayu (atau tidak) maka menjunamlah binaan negara kita. Ini yang harus dilihat.
“Dan jatuhnya rukun negara kita (adalah) sebab kita tak menghormati rukun negara kita.
“Jatuhnya bangsa Malaysia sebab kita tak boleh dan mahu bercakap bahasa Melayu, jadi bahasa Melayu tak ada nilai komersialnya,” katanya.
Bekas menteri kanan itu pada masa sama turut mengulas penggunaan bahasa Mandarin dalam kenyataan media Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Katanya perkara tersebut juga tidak seharusnya berlaku.
“Kepada rakan-rakan dalam kerajaan, tak payahlah nak ada terjemahan (siaran media), nak bawa kepada media dalam bahasa lain selain bahasa kebangsaan sebab sudah pun kita wujudkan piagamnya.
“Bahasa jiwa bangsa, bangsa Malaysia nak naik, bahasalah dulu yang perlu jadi pegangan dan urusan masa depan,” katanya.
Beliau turut berkata, jika kedua-dua kejadian itu tidak ditangani, ia akan memberi ruang kepada pembangkang menjadikannya isu menyerang kerajaan.
“BN akan muncul dengan kekuatan baru mereka dan melalui perbicaraan kelmarin kita dapat lihat mereka mengambil langkah-langkah garang di mahkamah.
“Ini perkara perlu dilihat melalui perubahan sikap, nilai,” katanya. (Sumber: Malaysiakini)
Kredit : khalifahmailonline
-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post