KUALA LUMPUR, 5 Julai — Sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak bukan atas dasar simpati tetapi kerana rekod cemerlangnya sebagai perdana menteri, kata Ellie Suriati Omar.
Bukan Simpati, Tapi Pertahankan Sebab Najib PM Yang Cemerlang – Ellie |
“Saya datang semalam memang untuk memberi sokongan kepada Najib kerana perkhidmatannya yang cemerlang sebagai perdana menteri untuk dua penggal.
ARTIKEL MENARIK: Anak Kepada Pelakon Terkenal Normah Damanhuri Persenda Kematian Baby Adam Rayqal.?? Sungguh Kurang Ajar!!
“Kita sudah tengok buktinya ekonomi negara semakin kukuh dan antara yang terbaik di dunia. Adakah kita mahu menafikan kenyataan Bank Dunia?
“Kita tidak boleh menghukum seseorang itu selagi perbicaraan belum berlangsung tetapi persepsi bersalah itu sudah dimainkan dari awal lagi,” kata pengarah filem Penanggal.
Hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini semalam, Ellie turut bersama kumpulan penyokong yang membuat protes berikutan Peguam Negara Tommy Thomas mengadakan sidang media dalam bahasa Inggeris.
Susulan kekecohan itu, polis mengarahkan kumpulan tersebut meninggalkan kompleks mahkamah.
Menafikan dirinya cuba mencetus provakasi, Ellie, 47, mengakui beliau antara orang yang meminta sidang media itu diadakan dalam bahasa kebangsaan.
“Sudah tentulah suara saya kuat, saya orang teater. Suara saya yang lantang menyebabkan saya ditahan. Polis datang, saya pun angkat tangan. Tidaklah saya melawan polis dan memulakan provokasi.
“Kalau tidak kerana kami sehati dan merasakan kepentingan bahasa kebangsaan, laungan saya itu tidak akan disambut pun.
“Saya akhirnya tidak ditahan. Ramai di luar itu menyokong agar saya tidak ditahan. Saya pun berterima kasih kepada polis,” katanya. - Projek MM
Wartawan FB
Post a Comment