Empat Maut Termasuk Seorang Pelajar Dilanggar Pemandu Mabuk

Empat Maut Termasuk Seorang Pelajar Dilanggar Pemandu Mabuk

TAWAU - Empat individu termasuk seorang pelajar lelaki maut manakala dua cedera dalam nahas jalan raya yang melibatkan empat kenderaan di Jalan Chong Thien Vun di sini awal pagi tadi.

Empat Maut Termasuk Seorang Pelajar Dilanggar Pemandu Mabuk
Empat Maut Termasuk Seorang Pelajar Dilanggar Pemandu Mabuk
Dalam kejadian lebih kurang 1.30 pagi tersebut, mangsa, Dicson Lim Kien Shing, 16 ; Hiew Nyuk Wei, 30; Clawence Wong Vun Kit, 21, dan Chong Wei Chan berusia 21 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi tersebut.

Sementara itu, mangsa wanita, Chin Guan Xiong, 21, patah kaki kiri manakala Olivia Chong Oi Yun berusia 34 tahun pula cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, hasil siasatan awal mendapati sebelum insiden kenderaan jenis Toyota Vios yang dipandu Olivia dalam perjalanan dari arah bandar Tawau menghala ke Jalan Tiku.

ARTIKEL MENARIK: Penantian Ibu Berakhir Duka Apabila Pelajar Kolej Dijumpai Mati Dalam Bilik Asrama


"Sebaik tiba di Jalan Chong Thien Vun selepas Bulatan Kubota kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

"Kemudian, Toyota Vios berkenaan melanggar pula kenderaan jenis Toyota Hiace, Perodua Bezza dan Perodua Myvi serta beberapa individu yang sedang melepak di kawasan parkir Pusat Komersil BDC (1 Arena)," katanya hari ini.


Tambah Fadil, susulan kemalangan itu, empat individu terbunuh manakala dua cedera.

"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan ini berpunca daripada kecuaian pemandu Toyota Vios kerana memandu dalam keadaan mabuk dan gagal mengawal kenderaannya," jelasnya.

Siasatan lanjut masih dijalankan. - Kosmo

Kredit - WartawanFB

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post