CHINA – Pusat kawalan penyakit di wilayah Guangdong telah mengeluarkan notis yang menggalakkan orang ramai untuk menangkap serangga atau pepijat tertentu dipercayai mampu menyebarkan penyakit yang dikenali sebagai ‘AIDS jenis baru’.
Awas! Serangga ‘Cium’ Sebarkan ‘AIDS Jenis Baru’ Yang Membawa Maut Di China Selatan |
Serangga triatomine atau lebih dikenali sebagai ‘serangga cium’ kerana kelakuannya yang gemar menggigit muka manusia disyaki boleh membawa sejenis parasit dikenali sebagai Trypanosoma cruzi. Kesan daripada serangan parasit ini mampu mengakibatkan penyakit Chagas yang membawa maut.
ARTIKEL MENARIK: Keji! Bapa Tergamak Rakam Video Rogol Bayi Sendiri Yang Berusia 8 Bulan Untuk Dijual Di Laman Web Lucah!
Antara simptom yang akan dialami sekiranya dijangkiti penyakit Chagas adalah demam, keletihan, sakit badan, sakit kepala dan ruam gatal. Jangkitan ini juga akan kekal dorman (tidak aktif) selama beberapa dekad sebelum akhirnya menyebabkan komplikasi jantung atau usus.
Dalam artikel lain, pusat kawalan penyakit Guangdong telah menguar-uarkan kepada orang ramai untuk segera mencari serangga berkenaan dan melaporkan kepada pusat sekiranya berjaya menemuinya.
Sebaik sahaja serangga tersebut disahkan, individu yang menemuinya akan diberikan ganjaran sebanyak RM4.83 (8 yuan) bagi setiap serangga selain diberikan khidmat perundingan kesihatan secara percuma.
Kredit: Science Line
Bagaimanapun sehingga kini, tiada laporan mengenai penyakit Chagas dilaporkan sekali gus membuatkan masyarakat khususnya di Guangzhou berasa lega dan kurang panik. Pihak pusat kawalan penyakit turut menyatakan bahawa tujuan mereka adalah untuk mengutip sampel bagi mengkaji sama ada serangga tersebut membawa virus berkenaan.
Chagas atau ‘virus AIDS jenis baru’ ini dikatakan mampu menyebarkan penyakit melalui jangkitan daripada serangga yang menggigit dari satu muka ke satu muka lain. Malah lebih mengejutkan lagi, penyakit ini juga boleh dipindahkan melalui darah dan menjejaskan bayi dalam kandungan.
Kredit: Med Bullets
Menurut laporan Global Times, serangga jenis ini bukan sahaja boleh ditemui di Amerika Selatan tetapi juga benua Asia, Afrika dan Australia. Pada tahun 2016, seorang individu dilaporkan digigit oleh serangga tersebut di Foshan, Guangdong.
Sumber: Global Times
Sumber : PenmerahPress
Post a Comment