KIEV: Seorang bapa di Ukraine tergamak merakamkan perbuatan merogol bayi perempuannya berumur lapan bulan dan menjual 'bahan pornografi' itu kepada sebuah laman web lucah di Australia.
Keji! Bapa Tergamak Rakam Video Rogol Bayi Sendiri Yang Berusia 8 Bulan Untuk Dijual Di Laman Web Lucah! |
Pada Sabtu, lelaki tersebut dihukum penjara dua bulan sementara menunggu prosiding jenayah bermula di mana dia didakwa mengedarkan bahan pornografi dan merogol kanak-kanak.
ARTIKEL MENARIK: (VIDEO) Pelajar Kolej Maut Ditolak Oleh Pelatih Dari Tingkat 2 Semasa Latihan..
Lelaki tersebut pada mulanya menyangka identitinya tidak akan terbongkar kerana dia menjual imej anaknya yang masih bayi.
Siasatan awal polis mendapati suspek memperkosa mangsa ketika mengambil gambar menggunakan telefon pintar miliknya.
"Dia melakukan perbuatan tidak senonoh itu ketika isterinya tiada di rumah atau berkebun. Wanita tersebut hanya mengetahui tentang perkara itu selepas dimaklumkan oleh polis. Dia menjadi saksi paling penting kes ini," kata jurucakap polis, Vitaly Chubaevsky.
Difahamkan, suspek merupakan bekas askar dan tidak dapat bekerja akibat kecederaan yang dialaminya di timur Ukraine pada 2014.
"Telefon bimbit lelaki itu penuh dengan bahan bukti. Dia menyembunyikannya di dalam bilik mangsa, namun kami berjaya menjumpainya. Kami turut merampas komputer milik suspek,"kata Chubaevsky.
Jika didapati bersalah merogol bayi perempuannya, lelaki itu bakal dihukum penjara 15 tahun. - Daily Mail
Post a Comment