Header Ads

(Video) Mercun naga dibakar sekumpulan kanak-kanak tersasar ke gerai mercun

loading...

Orang ramai yang sibuk membeli keperluan hari raya di saat akhir dikejutkan dengan kebakaran gerai menjual bunga api dan mercun di depan sebuah bank di Bandar Bahau, Jempol, malam tadi.

(Video) Mercun naga dibakar sekumpulan kanak-kanak tersasar ke gerai mercun
(Video) Mercun naga dibakar sekumpulan kanak-kanak tersasar ke gerai mercun
Sumber berkata, kejadian pada 10.15 malam dipercayai berlaku akibat mercun naga yang dibakar sekumpulan kanak-kanak tersasar ke gerai menjual bahan larangan itu.

Katanya, kejadian itu menyebabkan kebakaran tercetus dan api marak sehingga merosakkan siling di kaki lima bank berkenaan.

ARTIKEL MENARIK: Adik Ratu Belanda bunuh diri




1.jpg

2.jpg

3.jpg

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan dan polis masih menjalankan siasatan punca sebenar kejadian kebakaran gerai menjual mercun serta bunga api yang videonya tular di media sosial, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bahau Ahmad Hafezze Mat Junoh berkata, ketika kejadian pada 9.49 malam itu, sebuah jentera sedang menjalankan rondaan sebelum ke lokasi kejadian di hadapan sebuah bank di Bandar Bahau.


Gerai Mercun depan CIMB Bahau terbakar. Ya Allah rasa macam kene Bom. Mula-mula rasa seronok je rakam tapi bila tengok khemah dia terbakar rasa lain macam dah tu. Serius baru je lalu situ dan beli barang sebelah cimb tu 😣 Allah gerakkan hati parking jauh sikit. pic.twitter.com/fB5DNaXy0a
— #TeamRayaNoghori9 (@NurulNaja_Haja) June 14, 2018


My friend share this ... pic.twitter.com/qlVtlnFKlf
— captain #teamrayapahang (@captain68404915) June 14, 2018

"Sebaik tiba, api daripada letupan sudah dipadamkan oleh orang awam menggunakan alat pemadam api dan air paip berdekatan.

"Bomba kemudian melakukan kerja pemadaman sepenuhnya. Selain kebakaran gerai itu, lima peratus struktur hadapan sebuah bank rosak dan beberapa kenderaan turut dilaporkan rosak," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sumber: Harian Metro


Sumber Viral Purba https://ift.tt/2lcFFsw

-----------------------------------------------------------------
loading...

No comments