Tommy Jadi Peguam Negara Tak Jejas Keistimewaan Melayu Dan Islam Kerana Ini Rupa-Rupanya

Tommy Jadi Peguam Negara Tak Jejas Keistimewaan Melayu Dan Islam Kerana Ini Rupa-Rupanya

SHAH ALAM: Pemuda Amanah menyokong cadangan melantik Tommy Thomas sebagai peguam negara sekali gus menafikan pendapat bahawa kedudukan Islam dan Melayu terjejas susulan lantikan bukan kalangan Muslim.

Tommy Jadi Peguam Negara Tak Jejas Keistimewaan Melayu Dan Islam Kerana Ini Rupa-Rupanya
Tommy Jadi Peguam Negara Tak Jejas Keistimewaan Melayu Dan Islam Kerana Ini Rupa-Rupanya
Ketuanya, Faiz Fadzil berkata, kedudukan istimewa Islam dan Melayu tidak akan terjejas kerana ia telah dijamin dipelihara oleh kerajaan Pakatan Harapan (Harapan).

“Peguam negara juga tiada kuasa mengubah keistimewaan Islam dan Melayu kerana kedua-dua keistimewaan ini adalah prerogatif Legislatif,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Tommy mempunyai kelayakan dari segi merit dan perlembagaan, selain menyorot pengalaman peguam kanan itu mengendalikan kes-kes berprofil tinggi yang rumit.

“Antara kes yang pernah dikendalikan Tommy adalah kes berkaitan isu dakwat kekal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kes saman Petroliam Nasional Berhad (Petronas) berkaitan hak royalti Kelantan dan kes pilihan raya kerajaan tempatan di Pulau Pinang.

ARTIKEL MENARIK: Kutipan Tabung Harapan Malaysia cecah RM31.4 juta


Oleh itu, katanya, Pemuda Amanah percaya pelantikan Tommy mengendalikan kes-kes berprofil tinggi bukan atas faktor sokongan kepada parti politik tetapi berdasarkan kelayakan beliau mengkaji isu undang-undang selain kebijaksanaan berhujah.

Hentikan percanggahan lantikan Peguam Negara

Keputusan kerajaan Pakatan Harapan mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara dilihat tidak menyalahi undang-undang.

Bekas menteri Kabinet, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, ia tidak bercanggah dengan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, iaitu Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik seorang yang layak menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara bagi Persekutuan atas nasihat perdana menteri.

“Ikut Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong dengan pengecualian sangat terhad, perlu bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri seperti termaktub dalam Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan,” katanya menerusi Twitternya hari ini.


Follow Art 145 of the Federal Constitution. The King, with very limited exceptions, stands advised as per Art 40. Let the PM get on with the job with his Cabinet. There is nothing wrong with Tommy Thomas as AG. Stop this bickering when there is no legal ground to bicker.
— RAISYATIM (@DrRaisYatim) June 3, 2018
Justeru, Rais meminta Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibiarkan untuk menjalankan tugas dengan Kabinetnya.”Tidak ada yang salah dengan Tommy Thomas sebagai AG.

“Hentikan percanggahan ini apabila tidak ada alasan undang-undang untuk menimbulkan masalah,” katanya.

Tommy merupakan peguam kanan yang juga pakar perlembagaan, sebulat suara dipilih pemimpin Harapan bagi menggantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Difahamkan, Dr Mahathir sebelum ini menulis surat kepada Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V untuk memohon perkenan pemecatan Mohamed Apandi, namun tiada tindakan selanjutnya.

Sumber : Awani

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post