Kutipan Tabung Harapan Malaysia cecah RM31.4 juta

Kutipan Tabung Harapan Malaysia cecah RM31.4 juta

PUTRAJAYA – Tabung Harapan Malaysia (THM) berjaya mengumpulkan sebanyak RM31.4 juta setakat 3 petang hari ini sejak ia dilancarkan pada Rabu lalu.

Kutipan Tabung Harapan Malaysia cecah RM31.4 juta
Kutipan Tabung Harapan Malaysia cecah RM31.4 juta

Jumlah kutipan dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Kementerian Kewangan.

THM dilancarkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas ramai pihak menyuarakan hasrat mereka untuk membantu kerajaan mengurangkan hutang negara yang berjumlah RM1 trilion.

ARTIKEL MENARIK: Najib tenang, yakin pertolongan Allah amat dekat


Susulan itu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan rakyat yang ingin menyumbang kepada THM boleh menyalurkan sumbangan mereka menerusi akaun Maybank 5660-1062-6452.


Jumlah kutipan tabung tersebut akan dikemaskini pada 3 petang setiap hari melalui laman web Kementerian Kewangan. – UTUSAN ONLINE

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post