Kuala Ketil : Sayu luahan isteri arwah Koperal Fahrurozi, 32, dia kini telah kehilangan suami tersayang pergi dijemput ilahi semasa bertugas kepada bangsa dan negara.
Tiada lagi senyuman papa untuk kami berdua .. Tunggu kami berdua disana yer sayang (6Gambar) |
Foto menyambut hari raya tahun lalu pengubat rindu memandangkan arwah bertugas untuk syawal tahun ini.
Arwah seorang yang serius dan susah untuk senyum namun semasa bergambar pada hari raya tahun lepas arwah dan anak kelihatan ceria dan tersenyum sempat dirakam melalui foto-foto kenangan mereka yang dimuat naik kelaman sosial.
Kini tiada lagi senyum Papa untuk kami berdua kata Kyra isteri arwah Koperal Fahrurozi melalui laman sosial nya.
Dalam pada itu bagi ayah arwah “Syawal kali ini paling berbeza, banyak perkara saya lakukan tidak menjadi termasuk terpaksa membuang satu kuali dodol yang hangus," kata bapa kepada anggota tentera yang maut akibat dihempap pokok, Abd Manaff Abdullah, 67.
ARTIKEL MENARIK: Bayi 18 bulan maut disengat obor-obor
Dalam kejadian malam Ahad lalu, anak Abd Manaff, Koperal Fahrurozi, 32, bersama rakannya, Koperal Mohamad Safuan Hassan, 30, maut ketika melakukan operasi rondaan di sempadan Malaysia-Thailand berdekatan Tasik Banding, Perak.
Abd Manaff berkata, kali terakhir beliau dan isterinya, Mariam Lazim, 65, bertemu anaknya itu adalah kira-kira empat bulan lalu sebelum dia pulang bertugas di 8 Rejimen Renjer Diraja (RRD) (PARA) Melaka.
Katanya, anaknya tidak menunjukkan sebarang sikap pelik sepanjang cuti seminggu, cuma dia menangis apabila bersalaman dengan ibunya ketika hendak pulang.
"Saya anggap itu (menangis) biasa kerana dia mungkin sedih kerana tidak dapat pulang menyambut Aidilfitri berikutan terbabit dalam operasi tentera.
"Bagaimanapun hati saya menjadi resah sepanjang Ramadan lalu, sehingga dodol yang saya hasilkan tiga hari sebelum Aidilfitri tidak menjadi dan terpaksa dibuang begitu sahaja," katanya yang terkenal mahir menghasilkan juadah itu dalam kalangan penduduk tempatan di Kuala Ketil.
Jenazah Fahrurozi selamat dikebumikan tengah malam tadi di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Kuala Merah, kira-kira jam 12 tengah malam.
Majlis turut dihadiri Panglima Dua Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd Ramli Jaafar dan Panglima Dua Briged, Brigedier Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaafar.
Abd Manaff berkata, walaupun sedih, keluarganya reda dengan pemergian anak ketujuh daripada sembilan adik-beradik itu, Arwah meninggalkan seorang isteri dan anak lelaki berusia dua tahun. Al fatihah.
Kredit - Accident Portal
Post a Comment