[TERKINI] Tan Sri Muhyiddin Dedahkan Sesuatu Yang Mengejutkan.. Bagaimana Jamal Boleh Terlepas !!!

[TERKINI] Tan Sri Muhyiddin Dedahkan Sesuatu Yang Mengejutkan.. Bagaimana Jamal Boleh Terlepas !!!

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa kesal atas kecuaian pihak berkuasa yang bertugas menyebabkan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos hilang untuk pertama kalinya dari sebuah hospital swasta minggu lepas.

[TERKINI] Tan Sri Muhyiddin Dedahkan Sesuatu Yang Mengejutkan.. Bagaimana Jamal Boleh Terlepas !!!
[TERKINI] Tan Sri Muhyiddin Dedahkan Sesuatu Yang Mengejutkan.. Bagaimana Jamal Boleh Terlepas !!!
“Pegawai yang bertugas mengendalikan kes sedemikian tidak boleh cuai. Saya berasa kecewa, dalam kes Jamal, bagaimana dia dapat melarikan diri dari hospital?

“Saya kesal ia berlaku, kecuaian telah berlaku dan saya tidak boleh benarkannya berlaku lagi (pada masa akan datang),” kata Muhyiddin kepada pemberita selepas mengamati operasi terhadap pendatang tanpa izin Jabatan Imigresen di Petaling Street di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan apa-apa tindakan tatatertib yang akan diambil termaktub di bawah bidang kuasa pihak berkuasa yang berkenaan.

ARTIKEL MENARIK: Air Mata Azmin Ali Sebak Di Depan Sultan Selangor Dan Tengku Pemaisuri Juga Merasa Sebak


Sebelum itu, Muhyiddin ditanya jika beliau mempunyai pesanan kepada Jamal dan bekas ketua menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang juga dikehendaki oleh polis berhubung siasatan terhadap aduan kes ugutan terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin

Muhyiddin berkata kedua-dua ahli politikitu perlu menyerah diri kepada pihak berkuasa berkaitan atau berisiko ditangkap kerana polis Malaysia boleh mendapatkan bantuan daripada rakan-rakan negara asingnya, termasuk Interpol.

“Adalah lebih baik bagi mereka untuk menyerah diri dan polis akan mengambil tindakan sewajarnya di bawah undang-undang,” katanya.


PDRM dapatkan kerjasama polis Indonesia buru Jamal

ee6829c6a8528ada56de7aafca8d43c4.jpeg


Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia bagi mengesan Datuk Seri Jamal Md Yunos yang dipercayai telah melarikan diri ke sebuah kepulauan di negara jiran itu.

Akhbar tempatan semalam melaporkan Jamal yang juga ketua Umno bahagian Sungai Besar dipercayai sudah meloloskan diri ke Tanjung Balai, Karimun Besar, Indonesia, dua hari selepas didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri pada hari Jumaat.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PDRM sedang mempergiatkan usaha bagi mengesan seterusnya membawa Jamal pulang semula ke negara ini.
“Saya meminta Ketua Polis Negara untuk memburu beliau yang katanya dia berada di Indonesia… jadi kita akan minta bekerjasama dengan pihak polis di sana mencari beliau untuk membawa ke sini.

“Apa-apa pun, kalau beliau ada apa-apa kesalahan yang dilakukan saya serahkan kepada polis untuk mengambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas program penerapan nilai murni bulan Ramadan di Masjid Jabatan Penjara Kajang semalam.

Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat mengesahkan PDRM telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Jamal dan usaha bagi mengesannya diperhebatkan.

Ini selepas Jamal masih gagal memberikan respons sepatutnya walaupun telah diberikan masa yang cukup untuk memberi kerjasama dalam semua siasatan dan prosedur yang sedang dijalankan.

Kelmarin, Jamal menerusi satu rakaman video berdurasi hampir lapan minit yang diedarkan kepada media mendakwa terdapat usaha terancang oleh pihak-pihak tertentu yang berkuasa mengarahkan pihak polis untuk mengenakan beliau dalam apa jua keadaan walaupun pihak polis memberi jaminan bahawa beliau cuma diperlukan untuk melengkapkan dokumentasi jaminan polis

Pada Jumaat lepas, Jamal dilaporkan menghilangkan diri selepas didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri.

Kehilangan Jamal dikatakan disedari oleh penolong pendaftar mahkamah Shah Alam yang menguruskan proses ikat jamin beliau kira-kira jam 5.30 petang.


Sumber - Krengkukeng

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post