PUTRAJAYA – Teka-teki beg tangan mewah jenama apa yang bakal dibimbit bekas wanita pertama Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terjawab.
Teka-teki Beg tangan mewah jenama apa yang bakal di bawa Datin Seri Rosmah Kini Terjawab!! |
ARTIKEL MENARIK: Nama apa patut dipanggil untuk tanda hormat kepada menteri pertahanan. Ini nama gelaran yang Mat Sabu bagi yang buat semua wartawan tersenyum
Hasil carian di internet, harga tas itu dianggarkan bernilai US$700 (RM2,781)
Rosmah yang tiba kira-kira jam 10.43 pagi, mengenakan baju kurung biru corak rose lengkap berselendang dan sedondon dengan sepatu merah.
Isu tas tangan mewah yang bakal dibawa Rosmah menjadi bualan di laman sosial susulan kontroversi rampasan 284 beg tangan yang masih hangat diperkatakan.
Rosmah tiba di pekarangan ibu pejabat SPRM menaiki kenderaan jenis Mercedes-Benz tanpa polis pengiring namun ditemani anak perempuannya, Nooryana Najwa dan menantu, Daniyar Kessikbayev warganegara Kazakhstan.
Bagaimanapun, mereka dilihat meninggalkan SPRM selepas setengah jam siasatan berhubung SRC International Sdn Bhd berjalan.
Difahamkan sesi soal siasat Rosmah bersama pasukan penyiasat SPRM berlangsung tanpa ditemani sesiapa termasuk peguam.
Sebaliknya, peguam Rosmah, Datuk K Kumaraendran dan Geethan Ram Vincent hanya menunggu di ruang kafeteria bangunan SPRM.
sumber : http://www.sinarharian.com.my
sumber : Sweet Nutella
Post a Comment